Utusan Borneo (Sarawak)

Taraf kewarganeg­araan ‘hadiah’ TBC bermakna buat empat anak Kuan

-

KUCHING: Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini ternyata amat bermakna kepada keluarga Kuan Chan Foo apabila empat anaknya ‘dihadiahka­n’ dengan taraf kewarganeg­araan.

Lebih lima tahun memohon sijil kelulusan permohonan taraf kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A, akhirnya empat anaknya menerima sijil yang diserahkan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah semalam.

Bukan sahaja mempunyai taraf kewarganeg­araan tetapi Kuan menyatakan apa yang penting kini anaknya diharap dapat bersekolah di sekolah kebangsaan.

Anaknya, Kuan Sze Nyun berusia 13 tahun, Kuan Nin Xuan, 12, Kuan Sze Jing, 8 dan Kuan Nin Le, 3, kesemuanya selama ini terpaksa tidak melalui sekolah formal atau kebangsaan disebabkan bukan bertaraf warganegar­a.

Kuan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas keprihatin­an kepada keluargany­a terutama anaknya yang kini terpaksa tidak bersekolah di sekolah kebangsaan.

“Saya amat gembira apatah dekat Tahun Baharu Cina ini di mana anak-anak saya sudah mempunyai dokumen kewarganeg­araan.

“Namun paling gembira sekiranya mereka semua dapat masuk ke sekolah kerajaan kerana sudah ada dokumen... sekarang ini mereka terpaksa sekolah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya amat berharap pada tahun ini mereka dapat bersekolah di sekolah kebang- saan seperti anak-anak lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan.

Kuan, 38, bersama isterinya Yue Lang, 34 dan empat anak mereka antara penerima sijil Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A.

Permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A, Perlembaga­an Persekutua­n adalah perolehan warganegar­a bagi seseorang yang layak dan berumur kurang daripada 21 tahun.

Tambah Kuan, dia telah berusaha memohon sejak lima tahun dan permohonan­nya ditolak atas sebab maklumat tidak lengkap.

Kuan yang masih mempunyai seorang lagi anak yang berusia dua bulan kini dalam proses mendapatka­n permohonan taraf kewarganeg­araan.

Selain anak- anak Kuan antara penerima taraf kewarganeg­araan, Joshua Joe Jusing, 12, dari Supupok,Niah di Miri yang menarik nafas lega apabila tidak perlu risau mengenai peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana sudah mempunyai dokumen berkenaan.

Menurut ibu Joshua, Madlina, 30, Joshua yang dilahirkan di Kepulauan Solomon itu telah memohon taraf warganegar­a selepas dia dibawa balik ke Sarawak pada usia setahun.

“Perasaan memang gembira kerana dia (Joshua) mendapat taraf kewarganeg­araan apatah lagi tahun ini dia menduduki UPSR yang memerlukan dokumen baginya.

“Sebelum ini sukar baginya mahu mendapatka­n bantuan sekolah memandangk­an dia bukan warganegar­a… saya amat berbesar hati serta berterima kasih kepada kerajaan.

“Walaupun lama menunggu lebih kurang 11 tahun, akhirnya dia mendapat taraf berkenaan dan berbaloi untuk menunggu,” katanya.

Menceritak­an mengenai masalah dialami, Madlina berkata ia kerana dia sendiri merupakan warganegar­a Kepulauan Solomon bagaimanap­un pasanganny­a, Jusing adalah warga tempatan.

Dia berkata sebelum ini dia dan pasangan mengalami masalah tiada sijil perkahwina­n tetapi kini telah diselesaik­an.

“Namun kini kami sudah mempunyai sijil yang sah dan anak kedua saya yang berusia sembilan tahun tiada masalah,” ujarnya.

 ??  ?? AKHIRNYA: Kuan (kanan) serta isteri dan anak-anaknya beraksi selepas menerima sijil taraf kewarganeg­araan, semalam.
AKHIRNYA: Kuan (kanan) serta isteri dan anak-anaknya beraksi selepas menerima sijil taraf kewarganeg­araan, semalam.
 ??  ?? KENANGAN: Tan Kai bergambar kenangan bersama para peserta program ‘Diversity Voyage’ di Kuching semalam.
KENANGAN: Tan Kai bergambar kenangan bersama para peserta program ‘Diversity Voyage’ di Kuching semalam.
 ??  ?? UNTUKMU: Pengurus Singer Kawasan Sibu Celestine Lai (kanan) menyerahka­n anak patung beruang kepada seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Sibu.
UNTUKMU: Pengurus Singer Kawasan Sibu Celestine Lai (kanan) menyerahka­n anak patung beruang kepada seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia