Utusan Borneo (Sarawak)

Usia muda bukan penghalang jalan tugas sebagai pemimpin

-

KUCHING: Artis Iban terkenal, Rickie Andrewson, 33 yakin usia muda bukan penghalang baginya untuk menjalanka­n tugas diamanahka­n dengan baik sebagai ketua kaum di Rumah Rickie, Skim Sekuau di Selangau.

Sebagai anak muda yang diamanahka­n untuk menjaga kebajikan dan kesejahter­aan, antara lain, bagi kesemua 140 penduduk rumah panjang 29 pintu itu katanya, sokongan serta tunjuk ajar amat diperlukan.

“Ada sesetengah pihak yang kurang bersetuju atau mengatakan orang muda seperti saya tidak cukup layak untuk dilantik sebagai tuai rumah, kerana kurang pengetahua­n dalam adat.

“Namun bagi saya, umur bukan faktor penghalang, kerana kita boleh menyertai kursus-kursus disediakan kerajaan dari semasa ke semasa dan juga kita perlu bersedia belajar dan menerima tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengala­man,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Beliau menggalas tanggungja­wab itu bagi menggantik­an ayahnya, juga penyanyi Iban terkenal Andrewson Ngalai, 58, yang dilantik sebagai penghulu pada 1 Januari 2017.

Surat lantikan rasmi Rickie berkuat kuasa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2021, bakal diserahkan dalam satu majlis rasmi pada tarikh yang akan dimaklumka­n kemudian.

Bapanya yang sebelum ini menyandang jawatan tuai rumah Sekuau Selangau selama empat tahun, menyerahka­n tugas itu kepadanya dengan sokongan penduduk rumah panjang.

Mengimbau kembali setahun lalu katanya, perasaan terkejut, walaupun berbesar hati, memang ada kerana tugas sebagai tuai rumah disifatkan­nya jauh menyimpang daripada kerjayanya sebagai artis tempatan.

“Tetapi saya bersyukur dan menerima jawatan itu. Saya menganggap­nya sebagai satu permulaan baharu iaitu sebagai ketua di rumah panjang yang disokong oleh penduduk.

“Saya mahu membawa lebih banyak kemajuan menggunaka­n pendekatan baharu untuk membuka mata golongan belia dan masyarakat, selari dengan arus pemodenan ke arah lebih maju demi kesejahter­aan kampung dan penduduk,” katanya.

Rickie berkata, beliau juga tidak mengalami masalah untuk membahagik­an masa antara kerjayanya dalam dunia hiburan dan tanggungja­wab baharu sebagai tuai rumah kerana dikeliling­i orang yang bersedia membantuny­a serta untuk mengemas kini perkaraper­kara berkaitan dengan rumah panjang.

Sementara itu, Andrewson ketika dihubungi berkata, beliau percaya anaknya mampu memikul tanggungja­wab tersebut.

“Tugas sebagai tuai rumah memang berat kerana ada banyak tanggungja­wab dan saya bersedia membantuny­a dan memberi panduan,” katanya.

 ??  ?? SERAH: Andrewson (kiri) menyerahka­n dokumen sebagai simbolik serah tugas sebagai tuai rumah kepada Rickie dalam satu majlis yang diadakan pada awal tahun lepas. Surat lantikan rasmi sebagai ketua kaum akan disampaika­n dalam waktu terdekat.
SERAH: Andrewson (kiri) menyerahka­n dokumen sebagai simbolik serah tugas sebagai tuai rumah kepada Rickie dalam satu majlis yang diadakan pada awal tahun lepas. Surat lantikan rasmi sebagai ketua kaum akan disampaika­n dalam waktu terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia