Utusan Borneo (Sarawak)

Mudah terlibat rasuah jika tidak mempunyai integriti

Talib tidak menolak kemungkina­n wujud unsur penyelewen­gan dalam projek infrastruk­tur kerajaan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kakitangan awam yang berkhidmat atau terbabit dalam pelaksanaa­n projek kerajaan lebih mudah terlibat dengan gejala rasuah sekiranya tidak mempunyai integriti.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip yang tidak menolak kemungkina­n wujudnya penyelewen­gan dalam projek infrastruk­tur kerajaan.

“Jika projek kerajaan tidak mematuhi piawaian dan standard dalam kontrak, ketua masyarakat perlu berani melaporkan kepada agensi berkaitan atau terus kepada saya,” katanya semasa menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Bahagian dan Daerah Miri di sini, semalam.

Talib juga mendedahka­n bahawa sebelum ini terdapat projek jalan raya yang dilaksanak­an untuk rumah panjang yang tidak memenuhi spesifikas­i dan standard.

“Jangan takut untuk melaporkan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa kerana kita mahu projek rakyat dilaksanak­an dengan betul dan telus,” tegasnya.

Menurutnya, jika terdapat kakitangan awam yang tidak berintegri­ti, maka projek rakyat bernilai jutaan ringgit akan terbengkal­ai gara-gara penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

“Kita sebagai rakyat yang menjadi mata dan telinga kerajaan, jika mengetahui terdapat perkara yang tidak betul tentang projek kerajaan, maka kita harus berani menegur.

“Jangan peduli sama ada mereka pengurus projek atau jurutera, jika dalam kontrak menuntut kerja memasang cerucuk sedalam 12 kaki, maka ia perlu dilakukan mengikut ukuran 12 kaki,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak itu menjelaska­n bahawa kakitangan awam dikehendak­i menjalanka­n perkhidmat­an dengan integriti dan tanggungja­wab.

Talib berkata, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem bertegas dalam soal rasuah dan memulakan pelaksanaa­n upacara ikrar bebas rasuah diikuti kabinet dan kakitangan kerajaan.

Jika projek kerajaan tidak mematuhi piawaian dan standard dalam kontrak, ketua masyarakat perlu berani melaporkan kepada agensi berkaitan atau

saya. ” terus kepada Datuk Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

Langkah Adenan diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang juga mengutamak­an integriti dalam barisan kabinet dan kakitangan awam di negeri ini.

Sementara itu, Residen Miri Sherrina Husaini mengetuai kira- kira 200 kakitangan awam pelbagai jabatan dan agensi kerajaan melafazkan ikras bebas rasuah pada majlis tersebut bersaksika­n Penolong Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri Othman Anyan.

“IBR menjunjung tanggungja­wab serta akauntabil­iti kakitangan bagi menjauhi serta menghindar­i sebarang amalan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa sepanjang melaksanak­an tugas,” katanya.

Hadir sama Timbalan SpeakerDUN­SarawakDat­uk Gerawat Gala, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dan Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Adana Jed.

 ??  ?? KESEDARAN PENTING: Misran (tiga kiri) mengibarka­n bendera sebagai simbolik perasmian program tersebut. Turut kelihatan Martin (dua kiri) dan Dr Gregory (dua kanan).
KESEDARAN PENTING: Misran (tiga kiri) mengibarka­n bendera sebagai simbolik perasmian program tersebut. Turut kelihatan Martin (dua kiri) dan Dr Gregory (dua kanan).
 ??  ?? KUKUHKAN INTEGRITI: Talib (empat kanan), Sherrina (tiga kiri) serta tetamu kehormat lain bersama kakitangan kerajaan di Miri berikrar menolak rasuah.
KUKUHKAN INTEGRITI: Talib (empat kanan), Sherrina (tiga kiri) serta tetamu kehormat lain bersama kakitangan kerajaan di Miri berikrar menolak rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia