Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan keselamata­n premis semasa TBC: Bomba

-

SIBU: Pemilik pusat atau premis beli- belah harus memastikan tiada halangan atau risiko kebakaran di premis sepanjang penutupan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Ketua Zon 4 Bomba dan Penyelamat Sarawak Misran Bisara berkata, mereka harus peka mengenai laluan kecemasan dan pintu keluar dengan tidak menjadikan­nya sebagai tempat menyimpan barang jualan.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh menjejaska­n usaha pihak bomba melaksanak­an misi memadam kebakaran dan menyelamat sekiranya berlaku insiden kebakaran.

“Pastikan setiap pusat dan premis perniagaan ditinggalk­an dalam keadaan selamat, selain tidak menyimpan barangan yang mudah terbakar di dalamnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiag­aan Zon 4 semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Khoo dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) Dr Gregory Hii.

Misran juga menasihati orang ramai supaya mengambil berat mengenai punca kebakaran di kawasan perumahan sepanjang musim perayaan.

Menurut Misran, kesedaran itu penting berikutan pada musim perayaan, aktiviti memasak lazimnya lebih rancak daripada biasa.

“Kita berharap mereka yang memasak untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik dan ditutup dengan rapi kerana sikap alpa boleh menyebabka­n kebakaran yang besar dan memusnahka­n harta benda,” ujarnya.

Beliau turut menegur sikap individu yang bermain mer- cun kerana ia turut menjadi penyumbang kepada berlakunya insiden kebakaran pada musim perayaan.

“Aktiviti bermain mercun juga perlu dielakkan.

“Ibu bapa perlu memantau anak masing-masing supaya tidak terlibat dalam kegiatan main mercun,” katanya.

Sementara itu, Martin mengingatk­an orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing supaya memaklumka­n perkara tersebut kepada pihak polis.

“Mereka boleh datang ke mana-mana balai polis terdekat dan memaklumka­n kepada pihak polis,” jelas beliau.

Katanya, ini memudahkan pihak polis melakukan pemantauan termasuk rondaan di sekitar kawasan rumah yang ditinggalk­an tanpa penghuni bagi mengelakka­n berlakunya kejadian jenayah seperti pecah rumah dan lain-lain. LIMBANG: Tiada aduan diterima pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di bahagian ini berhubung susu rumusan bayi disyaki tiruan yang tular dalam media sosial.

Ketua KPDNKK Cawangan Limbang Zakaria Awang berkata, sebarang aduan jika diterima akan disalurkan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan bagi menjalanka­n siasatan berhubung isu itu.

“Tiada aduan diterima berhubung susu rumusan bayi tiruan di sini dan jika menerima aduan kita akan salurkan kepada KKM untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika ditemui media selepas pemeriksaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ( SKHMP) Tahun Baharu Cina 2018.

Selain KPDNKK, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sebelum ini turut memberitah­u, tidak menerima sebarang laporan mengenai susu rumusan bayi tiruan di negeri ini setakat ini.

Zakaria berkata lagi, lapan anggota penguat kuasa menjalanka­n pemeriksaa­n di tamu, pasar, kedai runcit dan pasar raya terutama pada pelancaran skim terbabit.

“Setakat ini tiada peniaga yang melanggar peraturan di bawah skim terbabit,” tegasnya.

Beliau berkata, setiap peniaga wajib menjual harga terkawal tidak melebih harga maksimum dan meletakkan tanda harga merah jambu bagi membezakan barang harga terkawal dengan barang lain.

Mengulas mengenai skim itu, pihaknya menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 12 jenis barang kawalan untuk dikuatkuas­akan di bawah SKHMP Tahun Baharu Cina selama 12 hari itu bermula 10 sehingga 21 Februari ini.

Menurutnya, barangan kawalan tersebut ialah ayam hidup (RM8.70 sekilogram), ayam standard ( RM11.9 sekilogram) dan ayam super (RM12.40 sekilogram).

“Harga barangan, lain telur ayam gred A (0.41 sen sebiji), gred B (0.40 sen sebiji), gred C (0.39 sen sebiji), kubis bulat import (RM4), bawang putih (China) (RM10 sekilogram), ikan bawal putih (RM38), udang besar (RM35), daging babi (perut - RM21.50) dan daging babi (daging dan lemak - RM20.50),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia