Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 ahli PBB di Parlimen Baram berikrar sokong calon BN pada PRU14

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Seramai 10,000 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari cawangan Telang Usan, Mulu dan Marudi dalam kawasan Parlimen Baram, berikrar akan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau yang juga ahli Majlis Tertinggi PBB berikrar ahli PBB dari ketiga-tiga cawangan itu akan membantu memastikan kemenangan besar BN di kerusi Baram kelak.

“Penduduk Baram akan terus mengekalka­n kekuatan dalam BN di sini untuk memastikan pembanguna­n berterusan dibawa masuk ke Baram.

“Kita penuh yakin pengundi pasti akan memilih pembanguna­n, justeru jangan sesekali membiarkan kerusi Baram jatuh ke tangan pembangkan­g yang pandai menabur janji kosong sahaja,” katanya.

Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lalo Akang, Sungai Selejau dekat sini, baru- baru ini, Dennis berkata kehadiran pembangkan­g di Baram hanya untuk membuat kacau dan tidak membawa sebarang pembanguna­n.

Sebaliknya BN melalui wakil rakyatnya Ahli Parlimen Baram AnyiNgauya­ngdijangka­dicalonkan semula, menjanjika­n pembanguna­n berterusan di Baram.

“Justeru, penyandang­nya Ahli Parlimen Anyi Ngau masih diperlukan rakyat di sini untuk membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan Baram,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Masyarakat Orang Ulu Temenggung Elizabeth Deng, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai serta ketua kaum dan tuai rumah panjang setempat.

Penduduk Baram akan terus mengekalka­n kekuatan dalam BN di sini untuk memastikan pembanguna­n berterusan dibawa masuk ke Baram. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

 ??  ?? DENNIS NGAU
DENNIS NGAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia