Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang janji khidmat sama rata kepada ahli komponen BN

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil memberi jaminan tidak akan mengecewak­an masyarakat Melayu di kawasannya dan berjanji akan memberi khidmat sama rata kepada ahli parti komponen Barisan Nasional ( BN) lain, meskipun beliau daripada PDP.

Oleh itu menurut Penguang, beliau sentiasa menjaga hubungan baik dan kredibilit­i dengan masyarakat tanpa keuntungan peribadi termasuk hal-hal berkaitan pelantikan ketua kaum, ketua masyarakat dan sebagainya.

“Pemilihan tersebut bukan dibuat sembaranga­n, sebaliknya mereka yang dilantik hendaklah diketahui latar belakang, kelayakan dan seterusnya dimajukan kepada pihak atasan sebelum diluluskan.

“Begitujuga­dalamsoalp­emberian geran, semua peruntukan di bawah projek pembanguna­n kecil luar bandar ( MRP) iaitu kepada masjid, gereja dan tokong, saya akan melakukann­ya dengan pembahagia­n adil berdasarka­n keperluan,” katanya.

Berucap pada Majlis Minum Petang (Bersantai) Bersama Datu Dr Penguang yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB N.76 Marudi di Dewan Suarah Baram, baru-baru ini, beliau turut memberi jaminan bahawa badan-badan kebajikan juga tidak akan dilupakan.

Sehubungan itu, Penguang yang juga ADUN Marudi memohon pengundiMe­layudikons­tituensiny­a supaya memberi sokongan padu kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita sudah mengetahui seramai 80 peratus pengundi Melayu akan mengundi BN dan selebihnya 20 peratus yang tidak mengundi ialah mereka yang mendengar hasutan pembangkan­g dan orang perseorang­an yang mempunyai agenda tersendiri.

“Justeru saya menyeru pengundi Melayu terus mengundi BN kerana sokongan yang baik akan menjadi landasan untuk kaum Melayu, selain mengetahui isu dan masalah yang dihadapi bagi mencari cara menyelesai­kannya,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Pergerakan Wanita PBB Marudi Kaunselor Ruhane Mohammad dan wakil Pemuda PBB Marudi Kaunselor Khalid Sabel serta ketua-ketua masyarakat tempatan.

 ??  ?? TERIMALAH: Ruhane mengalungk­an cenderamat­a khas untuk Penguang sambil disaksikan Khalid dan Kaunselor Mohd Bujang Majid.
TERIMALAH: Ruhane mengalungk­an cenderamat­a khas untuk Penguang sambil disaksikan Khalid dan Kaunselor Mohd Bujang Majid.
 ??  ?? CADANGAN: Lee menyampaik­an kertas kerja kepada Mohd Merzan (dua kanan) semasa kunjungann­ya ke pejabat Lee kelmarin.
CADANGAN: Lee menyampaik­an kertas kerja kepada Mohd Merzan (dua kanan) semasa kunjungann­ya ke pejabat Lee kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia