Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas jika bersubahat dengan penjenayah

Polis juga sedia menyokong penamatan lesen sekenhend peniaga jika sabit kesalahan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Polis tidak akan teragak- agak mengambil tindakan ke atas pemegang lesen sekenhend jika mereka didapati membeli atau menyimpan barangan curi serta terbukti bersubahat dengan penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata, polis juga sedia menyokong penamatan lesen sekenhend peniaga berkenaan jika sabit kesalahan.

“Kita memberi amaran keras jika terbukti ada peniaga menerima, membeli atau menyimpan barangan curi termasuk bersubahat dengan penjenayah, tindakan undang-undang akan diambil selain menyokong penamatan lesen sekenhend peniaga berkenaan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog Ketua Polis Daerah Padawan bersama ahli perniagaan barang sekenhend peringkat Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Padawan di Dewan Pusat Latihan Polis Kota Sentosa dekat sini kelmarin.

Seramai 59 peserta terdiri daripada ahli perniagaan

Kita memberi amaran keras jika terbukti ada peniaga menerima, membeli atau menyimpan barangan curi termasuk bersubahat dengan penjenayah, tindakan undang-undang akan diambil selain menyokong penamatan lesen sekenhend peniaga berkenaan. DSP Merbin Lisa Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan

barang sekenhend dari sekitar daerah Padawan, pemegang lesen serta majikan menghadiri dialog berkenaan.

Merbin berkata, polis dari semasa ke semasa akan melakukan pemeriksaa­n mengejut bersama agensiagen­si lain ke premis-premis perniagaan sekenhend khususnya di kawasan seliaan IPD Padawan.

Beliau turut mengingatk­an peniaga atau pemilik lesen sekenhend agar bertanggun­gjawab dan sentiasa merekodkan dengan jelas butiran setiap barangan dibeli dan disimpan dalam premis perniagaan mereka.

Beliau turut meminta p e n i a g a b e r k e n a a n menghubung­i polis atau balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah dan penyalahgu­naan dadah.

“Baru- baru ini, PDRM memperkena­lkan aplikasi ‘ Volunteer Smartphone Petrol’ ( VSP) untuk memudahkan masyarakat umum menyalurka­n maklumat kepada polis.

“Aplikasi i ni j uga boleh digunakan untuk memaklumka­n polis sebelum meninggalk­an rumah atau balik kampung semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Merbin berkata ia bertujuan memberi nasihat serta amaran kepada peniaga sekenhend agar mematuhi syarat serta peruntukan undang- undang di bawah Akta Peniaga Sekenhend 1946.

Sementara itu para peniaga yang hadir memohon polis melakukan rondaan ke kawasan kediaman atau premis perniagaan yang terpencil seperti di Matang dan Moyan.

Mereka juga meminta polis merahsiaka­n pemberi maklumat untuk keselamata­n pemberi maklumat.

Hadir sama, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Padawan ASP Gunong Bilan, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah, Keselamata­n Komuniti Daerah Padawan ASP Abdul Wadi Abdul Rani dan semua ketua polis balai di bawah seliaan IPD Padawan dan wakil Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

 ??  ?? BERPISAH TIADA: Merbin (barisan depan, lapan kiri) bergambar bersama pegawai polis IPD Padawan dan peserta dialog.
BERPISAH TIADA: Merbin (barisan depan, lapan kiri) bergambar bersama pegawai polis IPD Padawan dan peserta dialog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia