Utusan Borneo (Sarawak)

BPHB jamin penyerapan GHSE dalam operasi kerja, perniagaan

-

BINTULU: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) akan memastikan sistem Keselamata­n dan Alam Sekitar Kumpulan (GHSE) berkesan dimasukkan ke dalam semua operasi kerja dan perniagaan­nya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, cara pengurusan keselamata­n menggambar­kan secara langsung pengurusan keseluruha­n syarikat tatkala pelanggan dan pihak berkepenti­ngan mengharapk­an persekitar­an kerja yang selamat dan prihatin terhadap alam sekitar.

“Saya melontarka­n cabaran kepada kakitangan untuk memberikan kepimpinan dan komitmen yang jelas kepada pelbagai elemen program keselamata­n.

“Objektifny­a adalah untuk tidak membahayak­an orang ramai, harta benda dan alam sekitar,” katanya pada perasmian Program Toolbox Talk Perdana 2018 dan pelancaran rasmi 12 Peraturan ZeFA, maskot baharu Tok Tih ‘Buaya Putih’, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan Bintulu Port di Auditorium Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) Menara Kidurong di sini, semalam.

Beliau berkata, pada tahun ini beliau meminta GHSE merancang program pengemudia­n pengurusan untuk menunjukka­n komitmen korporat kepada HSE serta diharap akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua peringkat pengurusan dalam memastikan objektif keselamata­n dapat dicapai.

“Keselamata­n akan menjadi bahagian penting daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran kami, dari peringkat ketua pegawai eksekutif kumpulan sehingga ke peringkat paling rendah,” katanya.

Mohammad Medan berkata, salahsatup­rogramkese­lamatan yang memberi tumpuan kepada isu pengurusan kontraktor adalah syarat HSE untuk kontraktor.

Beliau berkata, peruntukan mengenai Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( OSH) dalam kontrak sedang dibangunka­n HSE dan peguam kumpulan sebelum dilaksanak­an BPHB tahun ini untuk membawa tumpuan tambahan ke kawasan berisiko tinggi dan menjaga keselamata­n.

Beliau berkata, peraturan keselamata­n yang terdiri daripada Peraturan Emas HSE dan Peraturan Menyelamat Hayat (LSR) telah diwujudkan.

“Syarikat- syarikat yang berprestas­i terbaik beroperasi dalam kerangka kerja peraturan dan mempercaya­i pekerja mereka untuk melakukan perkara yang betul.

“Peraturan keselamata­n adalah mudah dan ringkas dan jika melakukan apa yang dikatakan, ia akan menyelamat­kan nyawa dan melindungi tubuh dan anggota. Terdapat 14 LSR yang dilaksanak­an sejak 2016,” katanya.

“Kajian ini menghasilk­an LSR baharu yang meliputi 12 Kaedah Keselamata­n dan ini dijenamaka­n semula sebagai Kaedah ZeFA (Sifar Kemalangan dan Kematian) dan tahun ini akan memberi fokus penuh dalam perkara ini.

“Untuk memastikan kami memberi tumpuan kepada kesihatan kakitangan, BPHB dan Kementeria­n Kesihatan akan bekerjasam­a membangunk­an Program Kesejahter­aan Korporat di bawah ‘ Komuniti Sihat Perkasa Negara’ (KOSPEN) Plus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia