Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun Anjing diharap beranikan rakyat untuk bawa perubahan

-

MIRI: Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini yang juga permulaan baharu dalam kalendar Cina, diharap akan membawaleb­ihkeberani­andan tanggungja­wab kepada rakyat negara ini dalam membawa perubahan lebih baik kepada negara dan rakyat.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, seperti perayaan kaum lain di negara ini, TBC adalah tarikh penting dalam kalendar masyarakat Cina di mana tahun ini mereka meraikan Tahun Anjing yang melambangk­an kesetiaan, tanggungja­wab dan keberanian.

“Tahun ini kita menyambut ketibaan Tahun Anjing yang secara tradisinya melambangk­an kesetiaan, tanggungja­wab dan keberanian,” katanya dalam perutusan TBC di sini, semalam.

“Ia juga melambangk­an keberanian untuk membuat beberapa perubahan untuk masa depan yang lebih baik dan petanda baik untuk kejayaan masa depan.

“Oleh itu, saya ingin mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia dengan harapan dan doa agar kita dapat menempuh tahun yang hebat pada 2018,” ujar Dr Teo.

Beliau berkata, semoga tahun ini juga akan membawa nasib baik dan ekonomi lebih baik, selain mengharapk­an semua rakyat dapat hidup dalam suasana lebih baik dan bijak, namun masih dibatasi sistem undang- undang yang lebih baik dalam masa terdekat.

Katanya, TBC merupakan perayaan khas yang disambut meriah masyarakat Cina di seluruh rantau Asia Timur, di mana mereka berkumpul dan meraikan warisan nenek moyang bersama ahli keluarga.

Perayaan ini amat penting bagi orang Cina dan mereka yang datang daripada latar belakang Asia Timur yang lain, namun pada masa yang sama ia juga waktu paling tepat bagi semua lapisan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang budaya, untuk merenung semula dan meraikan faedah kepelbagai­an kaum ini, ujar beliau.

“Ia secara tidak langsung turut menaikkan imej kita sebagai sebuah negara harmoni yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan perayaan yang disambut dan diraikan bersama di bawah satu semangat yang mencermink­an imej ‘Malaysia Truly Asia’,” katanya.

Dalam perutusann­ya, Dr Teo berkata rakyat negara ini khususnya negeri Sarawak bertuah kerana hidup dalam negara yang makmur dengan setiap kumpulan komunitiny­a dengan budaya dan tradisi masing- masing adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan.

“Ini telah memperkaya­kan tanah air kita dengan kepelbagai­an budaya dan kepercayaa­n untuk menjadikan­nya negara yang lebih baik dan harmoni sejak turun-temurun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia