Utusan Borneo (Sarawak)

Tony Pua gagal ketepikan perintah injunksi sementara diperoleh Perdana Menteri

-

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee gagal dalam rayuannya untuk mengetepik­an perintah injunksi sementara yang diperoleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapny­a (Pua) berhubung klip video yang Perdana Menteri mendakwa berbaur fitnah.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang disidangi oleh Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md Sam dengan sebulat suara menolak rayuan Pua untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarka­n perintah injunksi sementara kepada Najib untuk menghalang Pua daripada mengulangi dakwaan berbaur fitnah itu.

Hakim Yaacob yang menyampaik­an penghakima­n mahkamah berkata mahkamah mendapati bahawa Najib telah memenuhi syarat yang diperlukan untuk injunksi sementara dibenarkan.

Beliau berkata terdapat bukti bahawa Pua berniat untuk mengulangi kenyataan yang dikatakan berbaur fitnah.

Yaacob juga berkata mahkamah mengambil perhatian kehakiman bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Najib tidak melakukan apa- apa salahlaku berkaitan 1MDB.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, dan Peguam Negara dan hasil siasatan yang telah diumumkan kepada orang ramai oleh Peguam Negara dan SPRM membersihk­an Najib daripada sebarang salah laku jenayah.

Yaacob berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi undangunda­ng apabila membenarka­n perintah injunksi sementara kepada Najib.

Najib menyaman Pua atas kapasiti peribadi beliau dengan mendakwa bahawa Pua telah membuat kenyataan fitnah ke atasnya melalui klip video bgerkaitan pembentang­an Rang Undang-Undang Persendiri­an untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

P e r d a n a M e n t e r i mendakwa klip video yang dimuat naik oleh Pua atau ejen-ejennya menerusi laman rasmi Facebook defendan, berdurasi dua minit dan 21 saat dan bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill’, boleh diakses secara meluas dan bebas melalui Internet.

Pada 21 April, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Najib untuk perintah injunksi ex-parte bagi menghalang Pua daripada menerbitka­n kenyataan atau kata- kata yang sama.

Pada 26 Jan, tahun ini, mahkamah rayuan menangguhk­an keputusan dalam rayuan Pua selepas mendengar hujah daripada para peguam. Mahkamah kemudian menetapkan hari ini untuk menyampaik­an keputusan.

Selepas mahkamah menyampaik­an keputusan, peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitah­u pemberita bahawa perbicaraa­n kes itu telah ditetapkan pada 23 April.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua berkata beliau akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Bekas pengurus bergelar ‘datuk’ dan lima lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi tuntutan kos pengangkut­an berjumlah lebih RM500,000 antara April 2008 hingga Mei 2014.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Bekas pengurus bergelar ‘datuk’ dan lima lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi tuntutan kos pengangkut­an berjumlah lebih RM500,000 antara April 2008 hingga Mei 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia