Utusan Borneo (Sarawak)

Pengutip barang lusuh anggota kongsi gelap dipenjara

-

PETALING JAYA: Seorang pengutip barang lusuh yang menganggot­ai kongsi gelap ‘Geng 08’, dan mempunyai tatu angka 8 di lehernya, semalam dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhka­n hukuman itu terhadap R. Gunaseelan, 23, selepas dia mengaku bersalah menganggot­ai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu kongsi gelap Geng 08 dan memerintah­kan bapa dua anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 11 Februari lepas.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Nor Ariffin berkata kes-kes berkaitan dengan kongsi gelap semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini dan sering kali dibahas di media massa dan media sosial.

“Aktiviti yang dilakukan geng kongsi gelap ini dapat mendatangk­an kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat awam.

“Mahkamah memandang berat kes berkaitan kongsi gelap ini kerana ia melibatkan sentimen orang awam dan diharap hukuman ini dapat memberi mesej bahawa menganggot­ai geng kongsi gelap adalah salah,” kata majistret itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu tepi jalan masuk ke Puchong Hartamas, Bukit Puchong, di sini, pada jam 5.50 petang, 11 Februari lalu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia