Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk antara enam didakwa buat tuntutan palsu

-

SHAH ALAM: Seorang bekas Pengurus Besar Panasonic Appliances AirConditi­oning Malaysia Sdn Bhd bergelar ‘Datuk’ dan lima lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi tuntutan kos pengangkut­an berjumlah lebih RM500,000.

Datuk R. Shanmugam, 46; Yap Siew Hiong, 46; P. Sugumaran, 50; C. Karuppiah, 41; V. Murugesu, 55 dan M. Kanesan, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.

Shanmugam menghadapi tiga pertuduhan secara individu selain menghadapi 46 pertuduhan secara bersama dengan Yap dan Sugumaran, menghadapi 19 pertuduhan secara bersama dengan Karuppiah, menghadapi 18 pertuduhan secara bersama dengan Kanesan dan menghadapi tujuh pertuduhan secara bersama dengan Murugesu.

Kesemua tertuduh didakwa menipu kakitangan dan pegawai Panasonic Ap- pliances Air- Conditioni­ng Malaysia untuk mempercaya­i bahawa tuntutan kos pengangkut­an yang dituntut oleh lima syarikat adalah tulen.

Lima syarikat terbabit adalah Teguh Marine Inspection (M) Sdn Bhd, WLS Container Lines (M) Sdn Bhd, Green Valleys Resources, Tiban Enterprise dan Pandan Cerah Sdn Bhd.

Tindakan itu mendorong Syarikat Panasonic Appliances Air- Conditioni­ng Malaysia menyerahka­n sejumlah RM505,750 kepada kelima-lima syarikat terbabit sebagai bayaran tuntutan berkenaan yang mana ia tidak akan menyerahka­n wang itu jika tidak diperdayak­an sedemikian.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Lot 2, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 21, Shah Alam Industrial Site di sini, antara 17 April 2008 dan 15 Mei 2014.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan denda dan sebatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia