Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba ambil masa 10 jam padam api tujuh kilang terbakar

-

IPOH: Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 jam untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran yang memusnahka­n tujuh kilang berasingan di Taman Menglembu Impiana Park di sini, awal pagi semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Mohamed Hariri Ahmad Shaibi berkata pihaknya bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang mudah merebak itu berikutan faktor material api, dipercayai bermula dari sebuah kilang kimia di kawasan perindustr­ian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 3.54 petang kelmarin.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati api sedang marak dan kebakaran besar sedang berlaku di sebuah kilang kimia yang terletak di tengah antara semua kilang terlibat sebelum ia merebak ke kilang berhampira­n.

“Kita terpaksa menggunaka­n 12 tong buih untuk memadamkan api dari kilang itu yang hangus hingga 95 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Seramai 50 anggota dan pegawai dari BBP Pasir Puteh, Ipoh, Pekan Baru, Batu Gajah dan Pasir Pinji serta 23 anggota bomba sukarela dari BBP Pekan Baru dan Pasir Pinji dengan tujuh jentera serta dua Unit Perkhidmat­an Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi tersebut.

Mohamed Hariri berkata kebakaran itu turut memusnahka­n antara 5 hingga 90 peratus kilang elektrikal, kilang percetakan, kilang tepung, kilang pembungkus­an minuman, kilang kitar semula dan kilang besi yang terlibat.

Seorang pekerja kilang kimia tersebut yang berusia 53 tahun melecur hampir 80 peratus telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Katanya, tiga kenderaan yang terletak berhampira­n kilang kimia itu iaitu Proton Saga BLM dan Proton Gen-2 hangus terbakar, manakala sebuah Mercedes Benz terbakar 10 peratus.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan dan operasi tamat sepenuhnya jam 2 pagi semalam. — Bernama

Skim ini bermula pada hujung tahun 2013 hingga Ogos 2016 yang menggunaka­n laman web yang berdaftar di luar negara. Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ( JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

“Setakat ini, kami telah menerima 116 laporan melibatkan sindiket ini ( berhubung sejumlah mangsa) yang telah mengalami kerugian RM6.2 juta namun, kami menganggar­kan 70,000 mangsa telah terlibat hingga mencecah kerugian bilion ringgit.

“Skim ini bermula pada hu- asing serta mengaburi mangsa dengan mengadakan seminar di hotel-hotel, menawarkan jaminan keuntungan 12 peratus setiap bulan, menggunaka­n syarikat yang berdaftar Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan melibatkan penganjur atau pengurusan atasan yang bergelar Datuk.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan kemas dan kenderaan mewah termasuk sebuah banglo yang dianggarka­n bernilai RM10.5 juta.

Ketiga-tiga suspek yang berumur 35 hingga 49 tahun itu kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POKA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas (2001).

Tambahnya, polis kini giat memburu lagi dua suspek yang dikenali sebagai Datuk M Pandeyan dan Datin F C Gouri yang merupakan pasangan suami isteri, dipercayai dalang sindiket ini yang masih bebas.

Katanya, kedua-dua suspek yang masih bebas ini dipercayai telah ke luar negara pada Ahad lepas dan pihaknya akan meminta bantuan negara jiran bagi menahan suspek.

Amar turut menasihati orang ramai agar tidak terjebak dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjika­n keuntungan besar dalam tempoh masa singkat dan menggesa agar mendapatka­n pengesahan mana-mana agensi berkaitan sebelum menyertai skim pelaburan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia