Utusan Borneo (Sarawak)

20 warga Filipina guna kad pengenalan palsu dipenjara

-

JOHOR BAHRU: Seramai 20 warga Filipina dipenjara antara dua dan 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengaku salah atas tuduhan menggunaka­n kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain, tiga hari lepas.

Kesemua mereka membuat pengakuan secara berasingan di hadapan dua majistret, Azureen Sahira Saufee Afandi dan Noor Aisyah Ahmad, sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Azureen Sahira menjatuhka­n hukuman penjara dua bulan terhadap empat tertuduh dan denda RM2,000 terhadap dua tertuduh lain atas pertuduhan menggunaka­n kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

Mereka yang didenda ialah Annora Sarikin Jamlud dan Hisham Mar manakala tertuduh yang dipenjara ialah Napisah Ajantu, Muhmin Khalit, Masna Analan dan Suraidah Mukah.

Sementara itu, Noor Aisyah menjatuhka­n hukuman pen- jara sepuluh bulan terhadap 14 tertuduh atas kesalahan sama iaitu menggunaka­n kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

Hukuman penjara ke atas semua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh penangkapa­n pada 12 Februari lepas dan mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita itu, berumur antara 20 dan 42 tahun, dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 12 Februari di Taman Rinting, dekat sini.

Mereka dituduh mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum menerusi Peraturan-peraturan sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau keduaduany­a.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pegawai Pendakwaan Jabatan Pendaftara­n Negara Putrajaya Mohd Fazdhly Abdul Razak dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPENJARA: Kakitangan Jabatan Pendafatar­an Negara mengiringi empat wanita daripada 20 warga Filipina yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru semalam atas tuduhan menggunaka­n kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain, tiga...
— Gambar Bernama DIPENJARA: Kakitangan Jabatan Pendafatar­an Negara mengiringi empat wanita daripada 20 warga Filipina yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru semalam atas tuduhan menggunaka­n kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain, tiga...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia