Utusan Borneo (Sarawak)

Isu dana asing: Azwanddin hadir di Bukit Aman

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahka­n pihaknya menerima laporan polis yang dibuat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berhubung penyebaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Amar Singh berkata, atlet berkenaan telah memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam kes ini.

“Berdasarka­n keterangan­nya, Chong Wei memaklumka­n bahawa individu di dalam video yang ditularkan itu bukan dirinya.

“Oleh itu, pihak kami akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di pejabat- nya di Menara 238, di sini, semalam.

Pada Isnin lepas, sebuah rakaman video berdurasi tiga minit 12 saat yang tular di media sosial itu menunjukka­n seorang atlet lelaki dikatakan jaguh badminton itu sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya.

Rata- rata mereka yang menonton video berkenaan terkejut dan mendakwa bahawa lelaki itu menyerupai bekas pemain nombor satu dunia itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah semalam hadir di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana asing bagi tujuan menjatuhka­n kerajaan.

Azwanddin yang tiba sekitar 11 pagi, memberi keterangan selama dua jam dan dilihat meninggalk­an pekarangan ibu pejabat polis berkenaan kira-kira 1.30 petang.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, 40 dokumen tambahan diserahkan kepada polis berhubung kes itu yang disiasat di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman kerana melibatkan orang kenamaan.

“Dokumen sokongan tambahan berhubung kes ini diserahkan kepada polis dan saya berpuas hati kerana kertas siasatan sudah dibuka khususnya kepada portal berita berkenaan.

“Diharapkan dengan penyerahan kesemua dokumen ini dapat membantu polis dalam siasatan kes berkenaan,” katanya.

Pada 4 Februari lepas, JMM dilaporkan membuat laporan polis terhadap portal berkenaan yang disyaki menerima kemasukan dana asing bagi tujuan menjatuhka­n kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia