Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jadi jaguh tularkan berita Pengguna Internet harus fikirkan sensitivit­i mangsa sebelum tular berita

-

KUALA BERANG: Jangan sibuk untuk menjadi jaguh dengan cara tularkan berita di media sosial hingga lupa sensitivit­i mangsa apatah lagi melibatkan kematian, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu meluahkan rasa tidak puas hatinya di atas penularan berita kematian seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Gemas, Negeri Sembilan yang tular kelmarin selepas terkena bilah pisau traktor mesin rumput.

“Saya terlebih dahulu ingin mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan seharusnya netizen (pengguna Internet) harus fikir sama ada perkara ini benda yang harus disebarkan ataupun tidak. Lihat sama ada ia mengganggu sensitivit­i seseorang dan seharusnya menjadi pengguna yang bertanggun­gjawab dalam memilih berita mana yang patut disebarkan.

“Berita seperti kecelakaan yang memperliha­tkan wajah jelas seseorang sepatutnya tidak harus disebar secara meluas. Fikir perasaan keluarga yang terlibat, ini kita berterusan untuk kongsi perkara tersebut supaya dilihat sebagai jaguh dalam menyampaik­an maklumat. Kalau dapat sekadar untuk kita tahu dan ambil iktibar, jangan kita sebarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, Ajil yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.

Kelmarin, pelajar perempuan tingkatan dua sekolah berkenaan, Nur Afini Roslan, maut manakala dua pelajar lelaki cedera terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu ketika menyertai raptai perbarisan sukan.

Jailani berkata, perbuatan yang tidak beretika tersebut menjadi satu kesalahan di bawah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000 dan/ atau tidak melebihi satu tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembang­an lain, Jailani juga mengharapk­an pemantauan berterusan terutamany­a ibu bapa kepada golongan remaja dalam segala perbuatan mereka di alam maya bagi mengelakka­n mereka daripada terjebak dengan unsur-unsur negafif di media sosial.

“Semalam ( kelmarin), Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ada menyatakan tentang penglibata­n pelajar sekolah rendah dan menengah dalam pembelian dadah melalui WeChat dan WhatsApp di mana saya amat tekankan semua pihak harus mainkan peranan tidak semestinya pihak kerajaan melalui polis dan guru-guru di sekolah sekolah yang kena pantau. Ibu bapa apabila anak melayari Internet di rumah pun kena tahu apa yang dilayari mereka.

“Bukan hanya pembelian dadah tapi banyak lagi barang-barang terlarang tidak sah dan saya ingin tekankan bahawa pemantauan ini penting kerana ia boleh kurangkan pendedahan anak ini kepada jenayah. Anak anak kita tidak tahu apa benda...banyak masa dihabiskan di laman sesawang kerana di sana dunianya lebih bebas,” katanya

Di samping itu, Jailani juga turut meminta agar Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya lebih agresif dalam memantau laman web yang memasarkan baranganba­rangan terlarang berkenaan.

Tambah beliau, jika MCMC sahaja yang melakukan pemantauan dan tidak ada laporan daripada masyarakat sekeliling perkara berkenaan tidak akan diselesai

“Jika ada sebarang laman atas talian yang mencurigak­an, sila buat laporan kepada pihak polis dan MCMC... kita akan cuba bantu dan sekat supaya gejala tidak tidak sihat dapat terus dikurangka­n jumlahnya dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, terdapat kumpulan sindiket jenayah dan dadah dikesan menggunaka­n media sosial untuk merekrut anggota kongsi gelap, penjual dan keldai dadah.

Mohamad Fuzi Harun juga berkata, kemajuan teknologi juga menyebabka­n pelajar sekolah antara pelanggan aktif dikesan membeli dadah secara dalam talian menggunaka­n aplikasi WhatsApp dan WeChat. — Bernama

Berita seperti kecelakaan yang memperliha­tkan wajah jelas seseorang sepatutnya tidak harus disebar secara meluas. Fikir perasaan keluarga yang terlibat, ini kita berterusan untuk kongsi perkara tersebut supaya dilihat sebagai jaguh dalam menyampaik­an maklumat. Kalau dapat sekadar untuk kita tahu dan ambil iktibar, jangan kita sebarkan. Datuk Seri Jailani Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Najib bersama Rosmah (dua kanan) pada Majlis Kongsi Kasih sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Najib bersama Rosmah (dua kanan) pada Majlis Kongsi Kasih sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia