Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan susu Dutch Baby tiruan di pasaran disiasat

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan sedang menjalanka­n siasatan menyeluruh mengenai dakwaan susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan yang berada di pasaran, adalah tiruan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata siasatan itu termasukla­h melihat sama ada kandungan susu adalah tiruan atau sebaliknya.

“Jika kami dapati ada perubahan pada kandungan susu tersebut, maka tindakan lanjut terhadap punca akan diambil.

“Tetapi kita kena ingat, ada ketikanya perkara sebegini boleh diselesaik­an kementeria­n tetapi ada ketikanya kita memerlukan kerjasama polis untuk terlibat dalam siasatan,’ katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kospen@ Activ di kementeria­nnya di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial bahawa susu daripada pek Dutch Baby tiruan dilabel 102 manakala susu asli dilabel 101 dan perbezaan lain yang ketara daripada segi warna serta perkataan ‘Calcium’ yang dikatakan tulisannya berbeza.

Dutch Lady yang merupakan pengeluar susu Dutch Baby itu telah mengeluark­an kenyataan yang pihaknya sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan termasuk telah menghantar sampel susu ke makmal bagi menjalanka­n ujian klinikal.

Berhubung perkembang­an siasatan dan ujian terhadap produk kopi campuran yang menyebabka­n lima lelaki di Pulau Pinang mengalami pitam, lemah dan letih keterlalua­n selepas meminum sejenis kopi campuran segera baru-baru ini, Dr Subramania­n berkata maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan kes telah melibatkan polis dan mungkin juga mahkamah.

Beliau berkata pihaknya perlu memelihara bukti dan penemuan yang mungkin akan digunakan di dalam kes itu oleh pihak berkuasa berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia