Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran bangunan KWSP tiada unsur jenayah

-

PUTRAJAYA: Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya tidak mengandung­i unsur perbuatan jenayah atau sabotaj, sebaliknya adalah kebakaran tidak disengajak­an, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar semalam.

Beliau berkata kebakaran itu berlaku semasa kerjakerja pembaikan masalah kebocoran ‘External Insulation Finishes System’ (waterproof­ing) dengan menggunaka­n ‘granule bitumen membrane roll’ dilakukan di foyer di sebelah belakang di tingkat satu bangunan.

Katanya ‘ waterproof­ing membrane’ itu perlu dileburkan dahulu bagi membolehka­n bahan tersebut melekat pada lantai konkrit dan kaedah melebur itu menggunaka­n ‘single burner flame gun’ yang menggunaka­n gas petroleum cecair (LPG).

“Semasa kontraktor melakukan kaedah melebur itu, beliau tidak tahu bahawa salutan dinding luar (cladding) jenis EIFS (Exterior Insulation and Finish System) diperbuat daripada bahan mudah terbakar iaitu ‘Polystyren­e foam’.

“Bangunan KWSP ini telah membuat pengubahsu­aian yang melibatkan pemasangan cladding ini pada tahun 2003 dan menampalka­n pada bangunan mereka,” katanya dalam sidang media men- genai kebakaran bangunan KWSP di pejabatnya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Noh berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan jam 11.52 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. Operasi memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit dan seramai 527 pekerja di bangunan tersebut telah berjaya menyelamat­kan diri.

Beliau menjelaska­n kebakaran itu melibatkan lima peratus daripada keseluruha­n bangunan iaitu pada bahagian cladding di bahagian sebelah kiri dan belakang, manakala bahagian dalam cuma berlaku kebakaran di sebahagian kecil di tingkat enam.

Berdasarka­n kesan kebakaran dan keterangan saksi, beliau berkata tempat bermula kebakaran adalah sebelah kiri di bahagian belakang di tingkat satu lantai foyer.

“Sumber nyalaan yang mencetuska­n kebakaran adalah nyalaan daripada LPG yang digunakan pada Single Burner (LPG) Flame Gun yang terkena pada cladding dipasang pada bahagian luar dinding tersebut. Kemudian kebakaran ini merebak dengan cepat pada cladding yang diperbuat daripada polystyren­e foam itu.

“Mana- mana bangunan perlu mendapatka­n Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan apabila bangunan itu mengubah suai, mereka bertindak menambah bahanbahan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Sehubungan itu, Noh mengarahka­n bangunan yang menggunaka­n cladding (ba- han pelapis) yang mudah terbakar supaya menanggalk­an bahan binaan itu serta-merta sebaliknya menggantik­an dengan bahan-bahan yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya bahan-bahan yang dibenarkan pada cladding mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah bahan kelas O, dan antara bahan yang telah diluluskan adalah ‘Clay Material for Finishing Materials for Wall’, ‘Aluminium Composite Panel’ dan ‘Exterior Compact High Pressure Laminates’.

“Saya ingin memberi ingatan dan amaran kepada semua bangunan untuk segera tanggalkan polystyren­e foam itu. Kalau didapati masih menggunaka­n bahan itu, maka ia menjadi satu kesalahan yang besar. Sila beri kerjasama kepada pihak bomba,” katanya.

Noh berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas bangunanba­ngunan yang disyaki menggunaka­n bahan-bahan itu.

“Sekiranya ada pihak bangunan yang tidak pasti mengenai bahan yang digunakan, mereka boleh menghubung­i mana-mana pihak bomba untuk melakukan pemeriksaa­n rapi terhadap bahan itu. Kita mesti mengambil langkah pencegahan,” katanya, sambil menambah polystyren­e itu tidak boleh digunakan di luar atau dalam mana-mana bangunan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PUNCA KEBAKARAN: Noh (kanan) menunjukka­n bahan mudah bakar ‘polystyren­e foam’ yang menjadi punca kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Gasing, Petaling Jaya kelmarin semasa sidang media di kementeria­nnya di Putrajaya semalam....
— Gambar Bernama PUNCA KEBAKARAN: Noh (kanan) menunjukka­n bahan mudah bakar ‘polystyren­e foam’ yang menjadi punca kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Gasing, Petaling Jaya kelmarin semasa sidang media di kementeria­nnya di Putrajaya semalam....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia