Utusan Borneo (Sarawak)

SPR perkenal kaedah ‘urutan jari’

Pemeriksaa­n teliti pastikan pengundi tidak pakai sarung jari, kesan dakwat

-

KUANTAN: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan memperkena­lkan kaedah ‘ urutan jari’ dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangk­an pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

“Pada masa sama ia juga untuk memperkema­skan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakka­n sebarang penipuan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaik­an taklimat sempena Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM di sini semalam.

Lebih 60 pengamal media

Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangk­an pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang yang turut disampaika­n Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.

Pada program itu, pihak media diberi penerangan berhubung perjalanan sistem pilihan raya di negara ini di samping prosedur permohonan pas media dan tatacara membuat liputan sepanjang PRU14.

Akademi Pilihan Raya SPR turut melakukan simulasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian, selain turut menyentuh isu berbangkit setiap kali pilihan raya.

Beliau turut berharap hasil maklumat yang diperoleh itu dapat digunakan pengamal media untuk disebarkan kepada orang ramai bagi mengelak persepsi negatif rakyat kepada SPR.

Katanya Pahang merupakan negeri keempat program SPR turun padang selepas Terengganu, Kelantan dan Selangor.

“Kami akan teruskan program seperti ini, dengan

Nik Aminudin Nik Shahar Shah Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR

penjelajah­an ke negeri lain berdasarka­n jemputan untuk memberikan lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatk­an kesedaran bahawa prosedur pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK KAEDAH: Pengamal media Pahang diberi peluang merasai suasana hari pilihan raya pada Program Simulasi Hari Pengundian oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya untuk media Pahang dan Jabatan Penerangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) negeri, Kuantan,...
— Gambar Bernama TUNJUK KAEDAH: Pengamal media Pahang diberi peluang merasai suasana hari pilihan raya pada Program Simulasi Hari Pengundian oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya untuk media Pahang dan Jabatan Penerangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) negeri, Kuantan,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia