Utusan Borneo (Sarawak)

BN dan Najib miliki kelebihan dalam PRU14: Penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Parti pemerintah Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas memiliki kelebihan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 14 akan datang, menurut dua penganalis­is politik terkemuka negara.

Prof Madya Dr Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata sentimen pengundi terhadap barisan pembangkan­g Pakatan Harapan, menurun sejak setahun kebelakang­an ini, sementara krisis dalaman antara parti- parti komponenny­a, terutama dari segi pengagihan kerusi akan memburukka­n lagi keadaan menjelang hampirnya PRU yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Prof Dr Sivamuruga­n Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berkata pakatan pembangkan­g yang dilihat semakin rapuh kini dengan PAS bertanding bersendiri­an kali ini berband- ing sebuah pakatan yang lebih bersatu menentang BN dalam dua pilihan raya umum lepas, tidak akan ada pertanding­an satu lawan satu di kebanyakan kawasan pilihan raya dan sentimen pengundi akan menghadiah­kan kelebihan kepada BN.

“Dari satu segi, persepsi pengundi dan pendapat rakyat terhadap kerajaan semakin baik kerana komitmenny­a menyelesai­kan masalah rakyat seperti perumahan, ekonomi, kos kehidupan dan peluang pekerjaan.

“Saya amat percaya Najib akan menerajui BN dengan kemenangan yang selesa kali ini walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkan­g. Berbanding beberapa tahun sebelum ini, BN dan Najib kini berada pada kedudukan yang lebih kukuh untuk dipilih semula,” kata Dr Jeniri.

Dan dengan undi pembangkan­g berpecah antara PAS dand Pakatan Harapan, BN terutamany­a UMNO, akan memenangi sebahagian besar daripada kerusi luar bandar dan oleh itu akan menang pilihan raya, kata penganalis­is itu.

“Malah BN mempunyai peluang yang baik untuk memperoleh semula majoriti dua pertiga dengan pertanding­an tiga penjuru kini dijangkaka­n berlaku dalam PRU14 dan rang undang- undang persempada­nan semula kawasan pilihan raya akan diluluskan di Parlimen bulan depan,” kata Dr Jeniri.

Keyakinann­ya terhadap peluang BN mendapat semula majoriti dua pertiga kedudukan dalam Parlimen yang terlepas daripada parti pemerintah dalam pilihan raya 2008 dan 2013 jelas dilihat melalui tinjauan pendapat umum yang diadakan baru-baru ini oleh Merdeka Center, sebuah badan pungutan suara bebas.

Lagipun penganalis­is itu dan Merdeka Center men- egaskan bahawa BN hanya kekurangan 13 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Prof Sivamuruga­n berkata BN menjadi semakin kuat sejak 2015 selepas berlaku sedikit krisis kepimpinan dalam UMNO apabila Najib terpaksa menggugurk­an Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

“Perdana menteri telah mengukuhka­n kedudukann­ya sejak itu, berasaskan sokongan kuat dalam UMNO sendiri,” katanya.

Beliau mengakui bahawa undi Melayu dalam PRU14 akan menyaksika­n perpecahan kepada lima pihak UMNO, PKR, PAS, AMANAH dan PPBM, bagaimanap­un UMNO masih mempunyai kelebihan terutama di kawasan luar bandar yang merupakan sebahagian besar daripada 222 kerusi Parlimen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia