Utusan Borneo (Sarawak)

Giroud fokus buru tempat dalam kesebelasa­n utama The Blues

-

LONDON, England: Olivier Giroud memberi fokus untuk memburu tempat dalam kesebelasa­n utama di Chelsea selepas membuat penampilan sulung penuh ketika menentang West Brom, di mana beliau terpaksa menerima lima jahitan kerana kecederaan di bahagian kepala.

Penyerang dari Perancis yang berpindah dari Chelsea dengan yuran 18 juta pound bulan lepas, beraksi dengan memberangs­angkan ketika Chelsea menewaskan West Brom 3-0 di Stamford Bridge Isnin lepas. Beliau mengumpan dua gol Eden Hazard sebelum dikeluarka­n dalam separuh masa kedua.

Beliau bergelut dengan kecederaan betis dan juga menerima lima jahitan di bahagian kepala ekoran kecederaan tetapi pengurus Chelsea, Antonio Conte menjangkak­an beliau cergas untuk perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Hull City.

“Ia sudah agak lama sejak saya bermain dalam kesebelasa­n utama dan kerana itu kenapa saya perlu berpindah,” kata Giroud. “Saya memerlukan cabaran baharu dan Chelsea adalah kelab sempurna untuk saya.

“Ia adalah Liga Perdana, sebuah kelab yang memenangi lebih banyak kejuaraan dalam 10 tahun terakhir berbanding kelab lain. Mereka kelab yang besar dan saya be- rasa sangat bangga untuk berada di sini dan meneruskan kerjaya saya.

“Saya berasa sangat selesa. Ia mungkin dua bulan sejak saya bermain dalam kesebelasa­n utama, jadi ia benar-benar menggembir­akan. Saya bekerja-keras dalam latihan untuk bersedia dari segi fizikal dan melakukan apa yang diminta oleh jurulatih dari segi taktik. Masih ada ruang untuk peningkata­n tetapi saya berasa gembira dengan prestasi saya dan juga mengumpan gol untuk Eden.”

Pemain berusia 31 tahun itu berkata beliau memberi fokus kepada Chelsea selepas “lima tahun hebat” di Arsenal.

“Saya berkata pada masa rehat apabila mereka menjahit luka di kepala saya di mana saya mahu terus bermain tetapi betis saya berasa sakit dan saya tidak dapat bermain sehingga tamat permainan,” tambah beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia