Utusan Borneo (Sarawak)

Cahill ‘sangat sedih’ dengar berita tentang persaraan Mason

-

LONDON, England: Gary Cahill berkata beliau ‘sangat sedih’ selepas pemain Hull City, Ryan Mason, terpaksa mengumumka­n persaraan sebagai pemain bola sepak Selasa lepas setelah gagal pulih sepenuhnya dari kecederaan retak tulang kepala ekoran pelanggara­n kepala di antara mereka.

Mason, 26, terlibat dengan pelanggara­n kepala dengan Cahill di Stamford Bridge pada perlawanan bulan Januari 2017 dan tidak bermain sejak dari itu.

“Sedih mendengar berita tentang (persaraan) Ryan,” kata Cahill menerusi laman sosial Twitter. “Bersaing mer- ebut bola dari satu tendangan sudut adalah sesuatu yang kami harungi beribu kali dan untuk melihat kesannya kepada pemain profesiona­l seperti Ryan adalah mengecewak­an,” kata Cahill.

“Sokongan dan harapan terbaik untuk beliau dan keluarga beliau di masa hadapan.”

Sebelum itu, Mason mengumumka­n bahawa walaupun dengan segala usaha terbaik, beliau menamatkan kerjayanya sebagai pemain.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa ekoran nasihat pakar perubatan, saya tidak mempunyai pilihan selain bersara kerana risiko ekoran keadaan kecederaan saya.

“Saya sentiasa menghargai mereka yang berada di sekeliling saya dan mereka yang membantu saya pulih dari kecederaan yang mengancam nyawa pada Januari 2017.”

Mason bermain sekali untuk skuad kebangsaan England, ketika seri 1-1 dengan Itali pada Mac 2015.

“Saya berasa sangat bangga untuk mengharung­i akademi dan bermain untuk kelab yang saya cintai,” kata beliau. “Saya juga berasa bangga menjadi kapten pasukan.

“Akhirnya, saya berjaya mewakili negara saya dan tiada siapa boleh menafikan pencapaian yang membanggak­an saya ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia