Utusan Borneo (Sarawak)

Juara berbasikal ACC mahu sertai kejohanan dunia

-

SEPANG: Juara ujian masa Individu Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) Norhasmat Abdul Aziz berhasrat menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2018 bagi mengembang­kan kariernya dalam acara berbasikal.

Katanya sebagai Juara Asia, beliau menyimpan sasaran untuk bersaing di peringkat lebih tinggi dan akan bertemu dengan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi menyemak status kelayakann­ya bagi menyertai pertanding­an berprestij itu.

“Kejayaan ini memberi semangat kepada saya untuk bersaing di kejohanan dunia, namun keputusan akhir mengenai terletak di tangan PKBM,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba dari Myanmar di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Ketibaan Norhasmat, yang juga seorang pegawai di Kementeria­n Kewangan, disambut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz serta beberapa kakitangan kementeria­n daripada Kelab Sukan Perbendaha­raan.

Pada kejohanan di Nay Pyi Taw itu, Norhasmat, 43, muncul juara selepas menamatkan perlumbaan sejauh 36 kilometer dengan masa 46 minit 46.915 saat mengatasi pelumba Iran, Sayed Mehdi Mirbagheri Firoozabad­i dan pelumba Mongolia, Purevsren Khuyagt.

Kemenangan itu membolehka­n beliau memperbaik­i pretasinya yang menang perak dalam perlumbaan sama pada 2017, sekali gus melunaskan dendamnya yang tewas di tangan Sayed Mehdi, sebelum ini.

Norhasmat berkata beliau berazam mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangin­ya kali ini pada kejohanan sama yang akan berlangsun­g di Pattaya, Thailand tahun depan.

Sementara itu, Othman berkata kemenangan Norhasmat yang bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Dasar dan Pelaksanaa­n GST) Bahagian Cukai membawa erti yang cukup besar kepada Kementeria­n Kewangan selaku majikan.

Beliau berkata kejayaan bergelar Juara Asia adalah setimpal dengan pengorbana­n Norhasmat yang berlatih mengayuh lebih 100 kilometer setiap hari selama dua bulan sebelum menyertai kejohanan tersebut.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Atlet basikal trek negara Mohd Azizulhasn­i Awang (dua kiri) bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua kanan) pada sidang media filem biopik Azizulhasn­i Awang di UUM Kampus Kuala Lumpur semalam....
— Gambar Bernama Atlet basikal trek negara Mohd Azizulhasn­i Awang (dua kiri) bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (dua kanan) pada sidang media filem biopik Azizulhasn­i Awang di UUM Kampus Kuala Lumpur semalam....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia