Utusan Borneo (Sarawak)

Wawrinka tewas kepada pemain ranking ke-259 dunia

-

ROTTERDAM, Belanda: Pemenang tiga kejohanan Grand Slam, Stanislas Wawrinka, mensia- siakan pendahulua­n set pertama sebelum tewas 4-6, 6-3 dan 6-2 kepada pemain tidak dikenali dari Belanda, Tallon Griekspoor pada pusingan pertama kejohanan Terbuka Rotterdam di sini Selasa lepas.

Pemain pilihan kelima kejohanan dari Switzerlan­d itu, mengalami ke- jutan kedua di pusingan awal kejohanan ketika menentang lawan yang tidak dikenali, selepas tewas di pusingan kedua Terbuka Australia kepada Tennys Sandgren dan di separuh akhir Terbuka Sofia kepada Mirza Basic.

Wawrinka, juara di sini pada 2015, bergelut mengembali­kan rentak selepas dua kali menjalani pembedahan memulihkan kecederaan lututnya.

Beliau kini sudah tewas tiga perlawanan dan menang tiga sejak kembali beraksi pada bulan Januari.

Griekspoor, 21, yang berada pada ranking ke-259 dunia, mencipta kemenangan terbesar dalam kerjayanya pada perlawanan ketiga beliau di peringkat ATP.

Pukulan backhand Wawrinka, yang antara senjata utama beliau sebelum ini, tidak menjadi dengan beberapa puku- lannya mudah dibaca dan dibalas lawannya.

“Ia hari yang sukar,” kata beliau. “Saya masih perlu banyak latihan lagi. Ada banyak turun naik. Hari ini bukan hari terbaik saya. Beliau bermain dengan baik dan menyempurn­akan peluang.

“Beliau selayaknya menang. Saya harus bersabar kerana saya tahu semua ini mengambil masa yang lama.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia