Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain boling padang diseru manfaat aksi menentang HK

-

KUCHING: Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak ( SALBA) Awang Mahyan Awang Mohamed berharap pemain boling padang SUKMA Sarawak memanfaat sepenuhnya aksi persahabat­an menentang skuad kebangsaan Hong Kong untuk meningkat mutu permainan mereka.

Ketika ditemui semalam, Mahyan berkata pertanding­an yang akan berlangsun­g hari ini menjadi medan pendedahan pertama skuad negeri sebagai persiapan menghadapi SUKMA Perak dijadual berlangsun­g dari 12 hingga 22 September 2018.

“Jarang pemain kita mendapat peluang seperti ini. Justeru, saya mahu pemain menggunaka­n kesempatan ini sebaik mungkin untuk meraih pengalaman berguna bagi memperbaik­i mutu permainan masing-masing.

“Saya juga ingin merakam setinggi terima kasih ke atas Ketua Jurulatih Negara, Zuraidi Puteh kerana sudi mengatur perlawanan ini untuk skuad SUKMA kita,” katanya.

Seramai 13 pemain terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita menyertai sesi latihan yang berlangsun­g selama seminggu di Hong Kong.

Bercakap mengenai SUKMA, Mahyan menjelas pihaknya belum menetapkan sasaran pingat emas pada edisi di Perak.

Namun, beliau dengan nada yakin meletakkan sasaran tinggi di bahu pemain untuk mencatat kejayaan yang lebih baik berbanding SUKMA sebelum ini.

“Kita turut mengatur beberapa perancanga­n susulan selepas Hong Kong untuk memantapka­n lagi prestasi atlet kita.

“Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan atlet yang telah dipilih namun berharap mereka terus gigih menjalani latihan dan menghadiah­kan kilauan emas untuk Sarawak.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia