Utusan Borneo (Sarawak)

Redah perjalanan penuh cabaran demi penduduk Rumah Mawang

- Oleh Clare Cinderella

MEREDAH laluan jalan pembalakan Ulu Anap, sejauh 225km dari bandar Bintulu dalam keadaan hujan dan jalan tanah becak yang sukar serta berbahaya di beberapa lokasi, bukan halangan bagi Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) untuk bantuan kemanusiaa­n mereka kepada mangsa kebakaran Rumah Mawang di Sungai Anap, Tatau.

Perjalanan yang mengambil masa lima hingga enam jam dengan keadaan yang bergantung kepada cuaca, jalan pembalakan Ulu Anap turut menghubung­kan Nanga Merit di bahagian Kapit.

Ia merupakan laluan mencabar yang hanya dapat dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja manakala jalan yang berturap hanya bermula dari pekan Tatau menuju ke Sangan-Bukit Kana sejauh 40km.

Laluan selebihnya 120km ke rumah panjang tersebut yang terletak jauh di pedalaman iaitu di sempadan Daerah Tatau (bahagian Bintulu) dan bahagian Kapit, diteruskan dengan jalan pembalakan.

“Sehubungan itu usaha penghantar­an bantuan ini kepada mangsa kebakaran adalah sukarela dan melibatkan konvoi sebanyak lima buah kenderaan 4x4 yang dapat membawa 25 ahli dan sukarelawa­n sahaja, walaupun ramai yang ingin turut serta,” demikian menurut pengerusi PEDAS Bintulu, Pete Bujang yang mengetuai konvoi tersebut.

Sumbangan yang dihantar berupa keperluan asas seperti makanan, pakaian, keperluan harian dan lain-lain, yang dikumpul daripada ahli-ahli PEDAS di samping sumbangan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain seperti Serakup Iban Dayak (SID) Bintulu; Robin Nest Music Café; Guro Kuntau Spring iaitu Guro Menang Nyandang; penyanyi popular Iban Dom Romeo dan orang awam yang prihatin.

“Mereka bukan sahaja mengumpul sumbangan untuk mangsa, malah turut serta bersama-sama ahli PEDAS menghantar sumbangan terus kepada mangsa, meredah perjalanan yang jauh dan sukar, demi bantuan kemanusiaa­n,” katanya.

Laluan jalan tanah kuning yang licin dan becak bukan hanya melambatka­n perjalanan kerana ada kalanya kenderaan dinaiki terbabas ke tepi kerana jalan licin selain terbenam dalam lumpur, namun ia tidak menghalang mereka untuk menghantar bantuan ke rumah panjang tersebut.

Perjalanan yang jauh dan sukar pada awalnya, semakin menjadi sukar apabila rombongan konvoi pulang semula ke Bintulu.

“Ini kerana kami terpaksa berdepan cuaca hujan di tengah perjalanan, menjadikan laluan semakin sukar, hingga ada yang tenggelam tayar di dalam becak.

“Namun risiko ini kami ketepikan apabila memikirkan bahawa kami telah berjaya menghulurk­an bantuan kepada mereka yang amat memerlukan.

“Perjalanan yang sukar ini akhirnya berbaloi apabila teringat senyuman yang menyambut ketibaan kami membawa bantuan untuk mereka. Keceriaan itu yang paling penting kerana kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan dalam keadaan sukar, ia juga matlamat PEDAS,” ujar Pete.

Menurut Pete beliau amat bersyukur semua rombongann­ya selamat tiba di Bintulu dan ia tidak akan mematahkan semangat mereka untuk membantu golongan memerlukan khususnya kaum Dayak dan Iban yang tinggal terpencil di luar bandar.

“Kami akan meneruskan lagi kerja-kerja amal ini pada masa akan datang dan terima kasih kepada sokongan dan dorongan pelbagai pihak, khususnya kerjasama yang amat baik daripada peserta konvoi, kali ini, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian,” katanya lagi.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Antara sumbangan yang dihantar untuk mangsa kebakaran oleh PEDAS Bintulu, SID Bintulu, Robin Nest Music Café, Kuntau Spring, penyanyi Iban, Dom Romeo dan sumbangan orang awam lain yang prihatin.
RINGANKAN BEBAN: Antara sumbangan yang dihantar untuk mangsa kebakaran oleh PEDAS Bintulu, SID Bintulu, Robin Nest Music Café, Kuntau Spring, penyanyi Iban, Dom Romeo dan sumbangan orang awam lain yang prihatin.
 ??  ?? JAUH: Jalan pembalakan Ulu Anap yang sejauh 225km dari Bintulu dan 160km dari pekan Tatau menuju ke Rumah Mawang dan laluan yang sama turut menghubung­kan Nanga Merit di Kapit.
JAUH: Jalan pembalakan Ulu Anap yang sejauh 225km dari Bintulu dan 160km dari pekan Tatau menuju ke Rumah Mawang dan laluan yang sama turut menghubung­kan Nanga Merit di Kapit.
 ??  ?? BECAK: Laluan mencabar di Jalan Ulu Anap menuju ke Rumah Mawang yang terpaksa ditempuh konvoi PEDAS dan rakan-rakan.
BECAK: Laluan mencabar di Jalan Ulu Anap menuju ke Rumah Mawang yang terpaksa ditempuh konvoi PEDAS dan rakan-rakan.
 ??  ?? TETAP CERIA: Pete (depan, tiga kanan) bersama ahli-ahli PEDAS Bintulu, mengabadik­an kenangan di salah satu lokasi yang mempunyai pemandanga­n indah dalam perjalanan ke Ulu Anap.
TETAP CERIA: Pete (depan, tiga kanan) bersama ahli-ahli PEDAS Bintulu, mengabadik­an kenangan di salah satu lokasi yang mempunyai pemandanga­n indah dalam perjalanan ke Ulu Anap.
 ??  ?? BANGGA MEMBANTU: Pete (kiri) melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada Tuai Rumah Mawang sambil disaksikan para peserta konvoi yang lain dan penduduk rumah panjang.
BANGGA MEMBANTU: Pete (kiri) melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada Tuai Rumah Mawang sambil disaksikan para peserta konvoi yang lain dan penduduk rumah panjang.
 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Di sesetengah laluan, kenderaan terpaksa ditarik, yang menyaksika­n kerjasama erat antara peserta konvoi.
KERJASAMA ERAT: Di sesetengah laluan, kenderaan terpaksa ditarik, yang menyaksika­n kerjasama erat antara peserta konvoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia