Utusan Borneo (Sarawak)

Pentas diteruskan lagi malam esok

-

KUCHING: “Sebuah persembaha­n lawak yang cukup sempurna buat pelawak amatur. ‘Punchlines’ yang diberikan daripada mula hingga akhir persembaha­n sangat menjadi”.

Itulah antara komen yang diberikan oleh Dato’ AC Mizal kepada kumpulan Kiut diikuti dengan ‘standing ovation’ daripada juri tetap tersebut selepas mereka membuat persembaha­n di minggu ketiga yang lepas.

Persembaha­n cemerlang Kiut yang mengetenga­hkan tabiat sesetengah pekerja yang gemar berpura-pura tidak sihat untuk mendapatka­n surat cuti sakit daripada doktor melayakkan trio ini sekali lagi merangkul gelaran Man On Demand.

Kumpulan Kiut memilih tema ‘Percutian’ bagi persembaha­n mingguan di minggu keempat ini.

Dalam pada itu, kejutan besar berlaku pada penghujung program di mana bukan seorang peserta, bukan juga dua peserta tetapi empat peserta yang berada di kedudukan terbawah dalam carta undian telah disingkirk­an sekaligus.

Mereka terdiri daripada tiga peserta solo iaitu Ayim, Tasya dan Rizal dan juga satu peserta duo iaitu kumpulan Candy.

Pastinya ini merupakan satu tamparan hebat buat setiap peserta untuk terus meningkatk­an mutu persembaha­n lawak masing-masing.

Jom kita saksikan persembaha­n lawak kesemua peserta Gegar Lawak untuk minggu keempat pada malam esok (16 Februari 2018), bermula jam 10.00 malam hanya di Astro Warna secara langsung dari Studio Sound Stage Finas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia