Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusiran guru Bangladesh ditangguh dalam penerbanga­n

-

CHICAGO: Nasib guru kelahiran asing terumbang- ambing kelmarin selepas penghantar­annya pulang dari Amerika Syarikat (AS) dihentikan sementara waktu ketika pesawatnya sedang dalam penerbanga­n ke negara asalnya Bangladesh.

Syed Ahmed Jamal, guru kimia yang berpangkal­an di Lawrence, Kansas, diturunkan dari pesawat ketika singgah di Hawaii hasil rentetan kejadian membingung­kan yang berakhir dengan penangguha­n pengusiran­nya pada saat akhir.

“Tidak banyak perkembang­an baharu pada hari ini.

“Syed masih berada di Pusat Tahanan Persekutua­n Honolulu,” kata peguamnya Rekha SharmaCraw­ford, kelmarin.

Bapa tiga anak warga AS itu dan disayangi masyarakat­nya mencetuska­n sokongan meluas rakan, jiran dan pengkritik dasar imigresen Presiden AS Donald Trump.

Jamal, 55, sudah 30 tahun tinggal di AS, melebihi tempoh visa keduanya pada 2011.

Tanpa peluang jelas untuk mendapatka­n kerakyatan, beliau diberikan penangguha­n pentadbira­n pekerja biasa yang membolehka­nnya terus kekal di negara itu dan bekerja secara sah.

Namun pihak berkuasa imigresen boleh mengusirny­a pada bila- bila masa.

Beliau tiba-tiba ditangkap tiga minggu lalu ketika menghantar anak perempuann­ya ke sekolah.

Hakim i migresen mengeluark­an penangguha­n pengusiran­nya minggu lepas, tetapi menarik balik perintah itu pada Isni.

Sebagai respons, pihak berkuasa imigresen meletakkan Jamal dalam penerbanga­n ke Bangladesh.

Kemudian mahkamah rayuan imigresen meluluskan penangguha­n lagi ketika beliau dalam penerbanga­n, dan Jamal dikekalkan di bumi AS ketika pesawat singgah di Hawaii.

“Kita sedang menunggu maklumat terkini daripada pekerja kesnya mengenai keputusan selepas pelaksanaa­n penangguha­n baharu, sama ada beliau akan dipindahka­n dan, jika demikian, ke mana,” kata Sharma-Crawford.

Penyokong Jamal menekankan bahawa beliau tidak pernah melakukan jenayah selama tinggal di AS.

Mereka berkata, kesnya adalah contoh bagaimana operasi imigresen di AS baru-baru ini menjejaska­n pendatang yang mematuhi undang-undang, walaupun Trump mulanya berjanji pengusiran akan menyasari penjenayah bahaya.

“Adakah matlamatny­a untuk memisahkan seorang bapa daripada keluarga yang dilahirkan di AS?” tanya adiknya Syed Hussein Jamal pada satu sidang akhbar lewat Isnin.

“Mana- mana manusia yang baik tidak akan berkata ‘ Ya, itu adalah perkara yang betul untuk dibuat’.”

Ratusan orang sudah menulis surat untuk menggesa kepada pegawai imigresen agar menghentik­an pengusiran Jamal.

Kempen kutipan dana dalam talian sudah mengumpul hampir AS$70,000 (RM259,000) dan petisyen dalam talian sudah mengumpul hampir 100,000 tanda tangan.

Wakil Emanuel Cleaver, ahli Demokrat yang menerima rayuan bantuan daripada penyokong Jamal, berkata kes itu adalah contoh sistem imigresen yang rosak dan tidak adil di negara itu.

Beliau berjanji untuk mengemukak­an rang undang-undang yang akan membenarka­n Jamal untuk tinggal di negara itu.

“Sistem rosak dan kita perlu memperbetu­l undang-undang ini yang menyalahka­n anggota masyarakat yang bekerja keras dan memberi sumbangan seperti Syed Jamal,” kata Cleaver. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia