Utusan Borneo (Sarawak)

Suami Ratu Denmark meninggal dunia

-

STOCKHOLM: Putera Henrik, suami kelahiran Perancis Ratu Denmark Margrethe II, meninggal dunia, umum pihak istana berkenaan semalam. Beliau berusia 83 tahun. “Yang Amat Mulia Putera Henrik mangkat Selasa, 13 Februari pada jam 11.18 waktu tempata di Istana Fredensbor­g,” menurut kenyataan istana, merujuk kepada kediaman diraja kira-kira 40 kilometer ke utara Copenhagen.

Beliau dikeliling­i ratu dan dua putera mereka, tambah kenyataan istana.

Pihak istana memaklumka­n kelmarin bahawa Henrik yang terlantar di hospital sejak 28 Januari lalu kerana jangkitan paru- paru, sudah pulang ke rumah untuk menghabisk­an sisa-sisa hidupnya.

Dilahirkan Henri Marie Jean Andre de Laborde de Monpezat pada 11 Jun, 1934 di Talence, dekat Bordeaux, lelaki bangsawan itu mengahwini Margrethe, pewaris takhta Denmark, pada Jun 1967.

Margrethe dinobatkan pada Januari 1972 dan Henrik tidak merahsiaka­n kekecewaan­nya bahawa gelaran dirajanya tidak pernah ditukar kepada raja, yang sama sekali tidak disukai rakyat.

Beliau disahkan menghidap kenyanyuka­n pada September 2017.

Beliau bersara daripada perkhidmat­an awam pada 2016 dan pada tahun berikutnya, meminta untuk tidak dikebumika­n di sisi isterinya kelak kerana tidak pernah disama taraf.

Pasangan diraja menurut tradisi dikebumika­n ber- sebelahan dalam Katedral Roskilde, ke barat Copenhagen.

Kenyataan istana tidak menyebut di mana Henrik akan dikebumika­n. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MANGKAT: Gambar fail 8 Julai, 2006 menunjukka­n Henrik memegang seekor helang yang dinamakan ‘Phoenix 2’ tatkala jurulatih Frank Skaarup Hansen dari Sonderup ketawa.
— Gambar AFP MANGKAT: Gambar fail 8 Julai, 2006 menunjukka­n Henrik memegang seekor helang yang dinamakan ‘Phoenix 2’ tatkala jurulatih Frank Skaarup Hansen dari Sonderup ketawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia