Utusan Borneo (Sarawak)

Komander polis ditembak mati di Chicago

-

CHICAGO: Seorang pegawai berpangkat tinggi di Chicago ditembak mati kelmarin dalam bangunan kerajaan di pusat bandar raya selepas berbalas tembakan dengan seorang lelaki yang berkelakua­n mencurigak­an, kata pihak berkuasa.

Komander Paul Bauer, 53, terkena beberapa tembakan dan meninggal dunia di hospital akibat luka yang dialaminya.

Suspek yang tidak disebut namanya, ditangkap dan senjatanya dirampas, kata ketua polis Eddie Johnson.

“Hari yang sukar bagi kami,” kata Johnson sebak pada sidang akhbar.

Pegawai peronda menghampir­i seorang lelaki di tepi jalan pada petang kelmarin yang dikatakan berkelakua­n mencurigak­an.

Lelaki itu bertumbuk dengan anggota polis lalu melarikan diri, menurut Johnson.

Bauer, veteran jabatan selama 31 tahun yang mendengar deskripsi suspek menerusi radio polis, berada berdekatan.

“Dia memerhatik­an pesalah dan konfrontas­i fizikal bersenjata menyusul,” kata Johnson.

Kejadian itu berlaku di tingkat bawah Pusat Thompson, bangunan kerajaan negeri sibuk yang menempatka­n puluhan agensi.

“Fikiran dan doa kami bersama keluarga dan rakan pegawai yang maut secara tragis dalam satu kejadian tembakan di Pusat Thompson pada hari ini,” kata Gabenor Illinois Bruce Rauner dalam Twitter.

Datuk Bandar Chicago Rahm Emanuel, menambah: “Kematian Bauer satu peringatan tragik mengenai tugas bahaya yang diterima lelaki dan wanita dalam jabatan polis kita untuk memastikan keselamata­n kita semua.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia