Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut dalam letupan di Bolivia

-

LA PAZ: Satu letupan tangki gas asli mengorbank­an dua orang kelmarin di bandar Oruro, Bolivia, dalam letupan berdarah kedua seumpamany­a di sekitar perayaan karnival pada tahun ini.

“Sangat sedih dan bimbang kerana kita mengalami tragedi sekali lagi, dan kematian pemerhati yang tidak bersalah di Oruro menyebabka­n negara kita berkabung selepas satu lagi letupan,” kata Presiden Evo Morales dalam Twitter.

Gabenor Victor Hugo Vasquez mengesahka­n keduadua kematian di bandar barat laut itu yang terkenal kerana lebuhnya yang dibuat dengan batu bundar serta perayaan karnival yang berwarnawa­rni.

Media tempatan berkata antara empat hingga enam lagi cedera dalam letupan itu.

Pada Sabtu lepas, sebuah lagi tangki meletup dalam kawasan yang sama, membunuh lapan orang dan mencederak­an 41 lagi.

Di Oruro, kira-kira 25,000 penari menyertai perayaan pra- Musim Lent yang merupakan tarikan pelancong terbesar di Bolivia dan membawa seramai setengah juta orang ke bandar yang sepi itu.

Perayaan di sepanjang jalan batu bundar di bandar tersebut merupakan gabungan tradisi penjajah Sepanyol dengan tradisi purba kaum peribumi Inca dan Aymara dalam satu upacara yang mendoakan hasil pertanian yang lebih baik serta kesihatan yang baik.

Pada 2001, organisasi kebudayaan UNESCO mengisytih­arkan karnival itu sebagai warisan kebudayaan manusia tak tampak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia