Utusan Borneo (Sarawak)

Aktres British letak jawatan duta Oxfam

-

LONDON: Aktres British Minnie Driver meletak jawatan selaku duta Oxfam lewat kelmarin dan berkata beliau amat kecewa dengan reaksi badan kebajikan itu kepada skandal seks yang melibatkan pekerja bantuannya.

Driver merupakan selebriti pertama yang meninggalk­an badan kebajikan global itu selepas tuduhan mengenai kakitangan yang membuat bayaran untuk pelacur sewaktu krisis menjadi semakin meluas.

“Apa yang saya dapat beritahu anda mengenai pendedahan dahsyat ini tentang Oxfam ialah saya amat kecewa sekali,” tulis aktres yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu dalam Twitter.

“Kecewa sekali bagi wanita yang digunakan oleh orang yang dihantar ke sana untuk membantu mereka, kecewa sekali dengan respons sebuah organisasi yang saya sudah bantu untuk meningkatk­an kesedaran megenainya sejak saya berusia sembilan tahun.”

Seorang jurucakap bagi badan kebajikan itu berkata keputusan Driver “amat menyedihka­n kami, tetapi kami juga faham dan menghormat­i pilihannya”, menurut satu kenyataan yang dipetik oleh akhbar The Telegraph.

Oxfam menafikan penyem- bunyian berhubung penggunaan pelacur oleh pekerja bantuan kanan di Haiti ekoran gempa bumi buruk di negara itu pada 2010.

Sejak skandal itu pertama kali meletus pada minggu lepas, dakwaan selanjutny­a telah dibuat mengenai cara salah organisasi itu menangani serangan seksual di Sudan Selatan.

Timbalan ketua Oxfam, Penny Lawrence, meletak jawatan Isnin lepas setelah skandal itu meletus, manakala kerajaan British telah meminta badan kebajikan itu untuk memikul tanggungja­wab bagi tindakanny­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia