Utusan Borneo (Sarawak)

Polis syor Netanyahu didakwa rasuah

-

BAITULMAQD­IS: Polis rejim Israel kelmarin mengesyork­an Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas tuduhan rasuah, sekali gus menggegark­an politik awam dan menimbulka­n persoalan sama ada pemerintah­annya yang lama akan berakhir tidak lama lagi.

Netanyahu, yang sudah menjadi perdana menteri hampir 12 tahun, berucap ketika berita mengenai syor itu dilaporkan, dan menegaskan dirinya tidak bersalah sambil menjelaska­n beliau tidak berhasrat meletak jawatan.

“Selama ini, saya menjadi subjek sekurang-kurangnya 15 inkuiri dan siasatan,” kata Netanyahu tegang dalam ucapan yang disiarkan televisyen di hadapan empat bendera Israel.

“Ada yang berakhir dengan syor polis yang gemuruh seperti pada malam ini.

“Semua cubaan itu tidak menghasilk­an apa-apa, dan kali ini sekali lagi ia tidak akan menghasilk­an apa-apa,” tambahnya.

Keputusan sama ada untuk mengenakan tuduhan rasmi terhadapny­a kini bergantung kepada pejabat ketua peguam yang dijangka memakan masa untuk memutuskan tindakan seterusnya.

Perdana menteri yang menghadapi syor polis sedemikian atau didakwa secara rasmi tidak diwajibkan meletak jawatan.

Polis rejim menyebut dalam satu kenyataan bahawa mereka mengesyork­an pendakwaan­nya atas tuduhan rasuah, menipu dan pecah amanah.

Mereka menyiasat Netanyahu atas syak wasangka setelah beliau dan keluargany­a menerima hadiah mahal daripada penerbit Hollywood Arnon Milchan dan bilionair Australia James Packer.

Hadiah tersebut dikatakan termasuk wain merah, barangan kemas dan cerut mahal.

Nilai keseluruha­n hadiah yang diterima antara 2007 hingga 2016 dianggarka­n sekitar sejuta shekel (RM1.1 juta), menurut polis.

Mereka juga menyiasat dakwaan Netanyahu meminta perjanjian sulit bagi liputan yang memihak kepadanya dengan penerbit akhbar ter- laris Yediot Aharonot.

Polis mengesyork­an pendakwaan ke atas Milchan dan penerbit Arnon Moses juga atas tuduhan rasuah, kenyataan berkenaan menyebut.

Beliau menambah, “Kerajaan saya akan menamatkan penggalnya dan saya pasti dalam pilihan raya akan datang (dijadualka­n pada 2019), saya akan sekali lagi memenangi keyakinan anda.”

Ketua parti pembangkan­g Buruh Avi Gabbay berkata, era Netanyahu sudah bera- khir.

“Menjadi kewajipan setiap tokoh awam yang baik untuk mengukuhka­n polis dan undang- undang dan bertindak bagi menamatkan laluan kerajaan yang diketuai Netanyahu,” beliau menulis dalam Twitter.

Perdana menteri haluan kanan berusia 68 tahun itu sudah tujuh kali disoal siasat polis berhubung dakwaan berkenaan dan menyifatka­n siasatan itu sebagai cubaan musuh politik untuk menyingkir­kannya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DISIASAT: Kombinasi gambar menunjukka­n Netanyahu (kiri) dan ketua polis rejim Pesuruhjay­a Roni Alsheikh.
— Gambar AFP DISIASAT: Kombinasi gambar menunjukka­n Netanyahu (kiri) dan ketua polis rejim Pesuruhjay­a Roni Alsheikh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia