Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan mati kehausan, tiga pegawai penjara AS didakwa

-

WASHINGTON: Tiga pegawai penjara Amerika Syarikat (AS) didakwa berhubung kematian seorang banduan sakit mental akibat kekurangan air, dan menurut peguamnya mati terseksa ketika merayu diberi air.

Skandal itu menarik tumpuan kepada sisi paling gelap sistem penjara di AS, yang mempunyai kadar pengurunga­n tertinggi di dunia dan secara tidak seimbang mengurung rakyat Amerika yang berkulit hitam dan berbangsa Hispanik.

Pihak berkuasa di penjara daerah di Milwaukee, Wisconsin, itu mendakwa mereka menutup air ke sel Terrill Thomas kerana dia terlalu bising.

Tujuh hari kemudian, Thomas, 38, warga Afrika Amerika yang menghidap masalah ‘bipolar’, mati selepas menjadi lemah perlahan-lahan dan hilang berat 15 kilogram.

Dia ditangkap selepas menembak dan mencederak­an dengan serius seseorang di bahagian dada, dan kemudian memasuki sebuah kasino dan melepaskan tembakan ke udara.

Hampir dua tahun selepas kematianny­a pada April 2016, syerif tempatan dan pendakwa raya daerah mengumumka­n Isnin lepas tuduhan jenayah terhadap dua kakitangan penjara wanita dan seorang pegawai lelaki.

Ketiga-tiga defendan termasuk Nancy Evans, seorang komander kemudahan yang dituduh berbohong dan menyembuny­ikan imej video yang menunjukka­n sel Thomas tidak disambung dengan air.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara lebih empat tahun.

Kaskha Meadors dan James Ramsey-Guy berdepan dengan hukuman penjara selama lebih tiga tahun jika disabit kesalahan kerana dengan sengaja membiarkan Thomas menghadapi takdirnya.

“Tuduhan jenayah terhadap pegawai kerajaan yang ada kaitan dengan kematian seorang banduan jarang sekali berlaku,” kata Erik Heipt, peguam bagi keluarga lelaki yang mati itu, kepada AFP.

“Hakikat bahawa tuduhan difailkan menunjukka­n keseriusan kekejaman yang telah berlaku.”

Beliau berkata tuduhan itu tidak akan menjejaska­n satu lagi tindakan undang- undang berasingan berhubung hak sivil yang difailkan oleh keluarga.

Tindakan undang-undang itu mendakwa memotong bekalan air kepada banduan merupakan satu amalan yang kerap digunakan di penjara dengan pengetahua­n sepenuhnya oleh pegawai dan syerif ketika itu.

Penderitaa­n Thomas hanya terbongkar sewaktu satu inkues bebas. Pada Mei tahun lepas, juri mendapati sebab munasabah untuk mendakwa tujuh pegawai penjara.

Pendakwa raya memutuskan untuk mendakwa tiga tertuduh berkenaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia