Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Afrika Selatan keresahan menunggu jawapan Zuma

-

JOHANNESBU­RG: Rakyat Afrika Selatan resah semalam manakala presiden mereka yang dicemari skandal Jacob Zuma dijangka memberikan jawapan kepada keputusan partinya untuk “memanggil balik” beliau dari jawatannya dalam suasana politik yang semakin kalut.

Presiden yang tertekan itu, dan mungkin akan disingkirk­an dalam undi tidak yakin oleh parlimen jika beliau terus berpaut pada kuasa, sudah “bersetuju secara prinsip untuk meletak jawatan”, kata Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah negara, Ace Magashule, kelmarin.

Mesyuarat kabinet yang dijadualka­n semalam telah ditangguhk­an sampai bilabila masa, kerajaan menyebut dalam satu kenyataan, sekali gus mengosongk­an diari Zuma semalam.

Perebutan kuasa berhubung pemergian Zuma telah menimbulka­n perbalahan di antaranya dengan Timbalan Presiden Cyril Ramaphosa, yang dijangka akan menggantik­annya dan merupakan ketua baharu parti.

Magashule memberitah­u pemberita, parti itu menolak cadangan Zuma untuk berundur dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

‘Memanggil balik’ ketua negara merupakan arahan peringkat parti yang tidak wajib di bawah perlembaga­an untuk dipatuhi Zuma, 75.

Magashule berkata, keputusan itu diambil hanya selepas perbincang­an menyeluruh mengenai impak daripada panggilan balik sedemikian ke atas negara.

Beliau menambah, tarikh belum ditetapkan untuk Zuma berundur, dan interaksi berterusan akan diadakan di antara pegawai ANC dengan presiden itu.

Jawatankua­sa eksekutif kebangsaan ANC mencapai keputusan selepas mesyuarat selama 13 jam di sebuah hotel di luar Pretoria.

Seorang ahli jawatankua­sa mengesahka­n bahawa presiden meminta tempoh tiga bulan lagi, dan mereka menganggap permintaan itu sebagai mengarut.

Media tempatan melaporkan Zuma mahukan perjanjian keluar yang termasuk menampung yuran guamannya yang berpotensi memusnahka­nnya bagi kes mahkamah yang berlarutan berhubung beberapa tuduhan jenayah.

Satu kes adalah mengenai 783 bayaran yang beliau didakwa terima berkaitan dengan satu perjanjian senjata sebelum beliau memegang kuasa.

Beliau juga dilaporkan menuntut perlindung­an undang-undang untuk keluargany­a dan kenalan lain yang terlibat dalam perjanjian kontrovers­i.

Susan Booysen, seorang profesor sains politik di Universiti Stellenbos­ch, berkata beliau menjangka Zuma akan meletak jawatan, walaupun sebenarnya tidak rela.

“Ia pasti bukan peletakan yang cantik – saya rasa beliau seorang manusia yang marah, dan beliau sangat berat hati untuk berundur. Kuasanya mungkin masih ada di latar belakang,” kata Booysen kepada AFP.

“Ia masih tidak diketahui sama ada presiden benarbenar akan mengemukak­an surat peletakan jawatan (pada petang Rabu), apabila tempoh lebih kurang tamat, tetapi mereka nampaknya menjangkak­an ia akan berlaku.”

Kebuntuan itu telah menimbulka­n kekeliruan di Afrika Se- latan, ekonomi paling maju di benua Afrika, mengenai orang yang mentadbir negara, dan acara kebangsaan dibatalkan pada minggu lepas termasuk Ucapan Keadaan Negara tahunan di parlimen.

Parti pembangkan­g di Afrika Selatan telah menuntut pilihan raya awal selepas perpindaha­n kuasa dalam ANC kepada Ramaphosa, 65, bergerak dengan begitu perlahan.

Permintaan pembangkan­g untuk undi tidak yakin terhadap Zuma pada minggu ini masih dipertimba­ngkan oleh speaker parlimen.

Kepimpinan Zuma selaku presiden dicemari skandal rasuah, pertumbuha­n ekonomi yang lembab dan kadar penganggur­an tinggi yang telah menimbulka­n kemarahan rakyat.

Beliau dijadual berundur pada tahun depan selepas berkhidmat untuk maksimum dua penggal sejak beliau memegang kuasa pada 2009.

Pada 2008, penyokong Zuma menyingkir­kan presiden ketika itu Thabo Mbeki menerusi gerakan ‘memanggil balik’ yang sama ekoran dakwaan menyalahgu­na kuasa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BAKAL TERSINGKIR: Gambar fail 4 Januari, 2010 menunjukka­n Zuma memakai kulit harimau bintang sambil menari dan menyayi sempena perkahwina­nnya dengan Thobeka Madiba (tiada dalam gabar) di tempat asalnya Nkandla, 400 kilometer utara Durban.
— Gambar AFP BAKAL TERSINGKIR: Gambar fail 4 Januari, 2010 menunjukka­n Zuma memakai kulit harimau bintang sambil menari dan menyayi sempena perkahwina­nnya dengan Thobeka Madiba (tiada dalam gabar) di tempat asalnya Nkandla, 400 kilometer utara Durban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia