Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam Trump bayar bintang porno untuk tutup mulut

-

WASHINGTON: Peguam peribadi Presiden Donald Trump kelmarin memberitah­u akhbar New York Times bahawa beliau membayar AS$ 130,000 ( RM481,000) daripada poketnya sendiri kepada seorang bintang porno yang mendakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan Trump.

Michael Cohen berkata, beliau tidak dibayar balik bagi pembayaran kepada aktres itu, nama sebenar Stephanie Clifford tetapi menggunaka­n nama samaran Stormy Daniels, kata Times.

Cohen memberitah­u akhbar itu bahawa bayaran tersebut sah dan enggan memberi maklumat mengenai sebab beliau membuat bayaran tersebut.

“Pertubuhan Trump mahukan kempen Trump tidak ada kaitan dengan transaksi bersama Cik Clifford, dan keduaduany­a tidak membayar balik kepada saya bagi bayaran itu, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” kata Cohen, menurut Times.

“Bayaran kepada Cik Clifford adalah sah, dan bukan sumbangan kempen atau perbelanja­an kempen oleh sesiapa.”

Laporan media di Amerika Syarikat menyatakan bayaran itu dibuat sebulan sebelum pilihan raya pada November 2016 untuk menyembuny­ikan hubungan sulit berkenaan.

Trump merupakan warga biasa ketika menjalin hubungan sulit dengan Clifford pada 2006.

Trump sudah berkahwin ketika itu dan isterinya Melania baharu lebih tiga bulan melahirkan anak lelaki mereka.

Bayaran itu pertama kali dilaporkan pada bulan lepas oleh Wall Street Journal.

Trump, menerusi peguamnya, dan Clifford, 38, menafikan menjalin sebarang hubungan.

Namun majalah In Touch menerbitka­n temu bual pada 2011 dengan Daniels pada bulan lepas di mana dia memperinci­kan hubungan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia