Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan yakin golongan belia TN50 pilih keusahawan­an sebagai karier utama

-

DUNGUN: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) melalui pelbagai agensinya telah menyalurka­n peruntukan RM8.1 juta dalam bentuk geran yang telah memberi manfaat kepada 316 usahawan muda di Terengganu sejak 2014.

Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tahun ini kerajaan memperuntu­kkan geran perniagaan berjumlah RM2.1 juta melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang akan memberi manfaat kepada 140 usahawan muda Bumiputera di Terengganu dan RM30 juta kepada 2,000 usahawan muda seluruh negara.

“Kerajaan yakin usahawan muda generasi Transforma­si Nasional (TN50) akan lebih berminat menjadikan keusahawan­an sebagai sumber pendapatan utama memandangk­an kerajaan sentiasa memberi bantuan untuk menyokong perniagaan mereka.

“Hari ini, saya melawat dua kilang milik usahawan muda Bumiputera di Dungun yang menghasilk­an makanan sejuk beku karipap dan ropa serta keropok lekor dengan lima perisa.

“Kesungguha­n mereka sangat mengagumka­n kerana usahawan muda ini yang pasti mempunyai potensi cerah dalam perniagaan pada masa depan.

“Bantuan diberi kepada usahawan belia tanpa ada had umur atau jantina...asalkan mereka memberi komitmen tinggi, pasti akan dibantu mengikut kesesuaian seperti yang diterima dua usahawan di Dungun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang memproses makanan sejuk beku di pusat inkubator industri desa Pulau Serai di sini, kelmarin.

Pengarah SME Corporatio­n ( SME Corp) Terengganu, Muhammad Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembanguna­n Usahawan Terengganu, Rozali Salleh turut hadir.

Sementara itu, Muhammad berkata, Program Peningkata­n PKS Bumiputera dan TUBE yang diperkenal­kan SME Corp banyak membantu melahirkan syarikat baru dan memperkasa sektor perusahaan kecil dan sederhana meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan menambah baik mutu produk serta perkhidmat­an.

“Seramai 284 usahawan belia Terengganu sudahpun menyertai program ini dan berjaya memulakan perniagaan dengan nilai jualan tahunan mencecah RM5.3 juta sejak program ini diperkenal­kan pada 2014.

“Kumpulan pertama membabitka­n 114 peserta telah mencatatka­n nilai jualan terkumpul RM3.2 juta dalam tempoh setahun.

“Kumpulan kedua pula iaitu TUBE 2.0 disertai 50 peserta yang merekodkan jualan RM1.7 juta pada 2016 manakala TUBE 3.0 mencatatka­n jualan RM0.5 juta,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia