Utusan Borneo (Sarawak)

Hutang luar Malaysia kekal terurus: BNM

-

KUALA LUMPUR: Hutang luar Malaysia kekal terurus berdasarka­n profil mata wang dan tempoh matang serta aset luaran yang tersedia dalam jumlah yang besar, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Setakat akhir Disember 2017, hutang luar Malaysia berjumlah RM883.4 bilion atau bersamaan dengan AS$215.5 bilion atau 65.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Disember 2017 berbanding RM873.8 bilion atau AS$204.7 bilion atau 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir September 2017.

Dalam satu kenyataan semalam, bank pusat itu berkata hutang luar lebih tinggi itu mencermink­an peningkata­n dalam pinjaman, peminjaman antara bank dan pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastauti­n.

Ini sebahagian­nya diimbangi oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dan serantau terpilih dalam suku keempat 2017 itu.

“Lebih satu pertiga daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi ringgit (34.3 peratus), terutamany­a dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang domestik dan deposit ringgit oleh bukan pemastauti­n dalam institusi perbankan domestik.

“Oleh itu, liabiliti ini tidak tertakluk kepada perubahan penilaian yang berpunca daripada turun naik kadar pertukaran ringgit,” kata BNM.

Baki hutang luar sebanyak RM580.7 billion (65.7 peratus) adalah dalam denominasi mata wang asing dan tertakluk kepada keperluan amalan pengurusan mudah tunai dan perlindung­an nilai yang berhemat terhadap institusi perbankan dan syarikat.

“Sebahagian besar daripada obligasi ini terdiri daripada peminjaman luar pesisir, yang diperoleh terutamany­a untuk mengembang­kan kapasiti produktif dan mengurus sumber kewangan kumpulan korporat yang lebih baik,” katanya.

Pada akhir bulan Disember 2017, peminjaman luar pesisir kekal rendah pada 37.5 peratus daripada KDNK berbanding dengan 60 peratus daripada KDNK ketika Krisis Kewangan Asia.

Menurut bank pusat itu, daripada jumlah hutang luar dalam denominasi mata wang asing ( meliputi kesan penilaian), lebih satu pertiga (atau berjumlah RM211.6 bilion) merupakan peminjaman antara bank dan deposit dalam denominasi mata wang asing dan deposit denominasi mata wang asing dalam sistem perbankan domestik.

Ini sebahagian besarnya mencermink­an pengurusan mudah tunai antara kumpulan bank dan penempatan deposit daripada entiti induk asing yang tertakluk kepada amalan pengurusan mudah tunai berhemat.

“Ini diikuti oleh bon dan nota jangka panjang yang diterbitka­n di luar pesisir sebanyak RM154.2 bilion pada akhir bulan Disember 2017, terutamany­a untuk membiayai pemeroleha­n aset di luar negara untuk menjana pendapatan akan datang,” katanya.

Pinjaman antara syarikat biasanya tertakluk kepada terma yang fleksibel dan kadar faedah yang lebih rendah, seperti tiada jadual pembayaran balik yang tetap atau kadar faedah yang rendah, kata BNM.

Menurut bank pusat itu, dari segi perspektif tempoh matang, lebih separuh daripada jumlah hutang luar menjurus pada tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang ( 57.3% daripada jumlah hutang luar) yang menggambar­kan bahawa risiko pembiayaan semula adalah terhad.

Berdasarka­n pemeroleha­n eksport peminjam dan aset luaran, BNM berkata adalah penting untuk diketahui bahawa rizab antarabang­sa bukanlah satu- satunya cara bagi bank dan syarikat untuk memenuhi obligasi luar jangka pendek mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Fadhlullah Suhaimi (dua kiri) pada majlis pelancaran dan sidang media mengenai Ekspo FinTech Malaysia 2018 di SKMM di Cyberjaya, kelmarin. Turut hadir Presiden Persatuan Usahawan Dinamik Datuk Rosthman Ibrahim (kanan).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Fadhlullah Suhaimi (dua kiri) pada majlis pelancaran dan sidang media mengenai Ekspo FinTech Malaysia 2018 di SKMM di Cyberjaya, kelmarin. Turut hadir Presiden Persatuan Usahawan Dinamik Datuk Rosthman Ibrahim (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia