Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penembusan telefon mudah alih cecah 131.8 peratus pada suku ketiga 2017

-

CYBERJAYA: Kadar penembusan telefon mudah alih di Malaysia mencecah 131.8 peratus manakala telefon pintar sebanyak 70 peratus pada suku ketiga tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Dr Halim Shafie berkata jalur lebar Malaysia memenuhi permintaan pengguna dengan kadar penembusan pada masa ini sebanyak 84.5 peratus, seperti dinyatakan dalam laporan ‘3Q 2017 Communicat­ions & Multimedia: Facts & Figure’.

“SKMM sedang berusaha ke arah mencapai kadar kehadiran jalur lebar di mana-mana dan penembusan telefon pintar aras tinggi,” katanya sebelum sidang media mengenai Ekspo FinTech Malaysia 2018, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Pegawai Keselamata­n Rangkaian, Pemantauan Media Baru, Pematuhan dan Advokasi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Halim berkata, e- pembayaran akan menjadi antara faktor utama dalam memastikan kejayaan wawasan Malaysia terhadap ekonomi digital dan menambah, masa hadapan bidang e-pembayaran sangat menggalakk­an.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, jumlah transaksi perbankan Internet individu berkembang sebanyak lebih tiga kali, daripada 141.3 juta transaksi pada 2011 kepada 435.4 juta pada 2016.

“Pertumbuha­n positif ini dapat dikaitkan dengan harga dan rangka kerja insentif pasaran yang dilaksanak­an BNM, begitu juga dengan program kesedaran berterusan oleh bank pusat itu dan industri perbankan bagi meningkatk­an keyakinan terhadap penggunaan perbankan Internet,” katanya.

Halim menambah, kerugian akibat kes penipuan perbankan yang dihadapi individu di Malaysia kekal rendah iaitu 0.0004 peratus daripada jumlah keseluruha­n transaksi dan 0.0017 peratus daripada nilai jumlah keseluruha­n transaksi pada 2016.

“Ini menunjukka­n keyakinan terhadap e-pembayaran pada masa ini sedang meningkat dan lebih ramai mendapati ia selamat dan selesa untuk melakukan transaksi,” kata Halim.

Ekspo FinTech Malaysia 2018 yang akan diadakan pada 5-6 Mac akan menampilka­n pameran, forum, pertemuan dan sesi padanan, ‘pocket talks’ serta majlis penyampaia­n anugerah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia