Utusan Borneo (Sarawak)

PIDM mulakan inisiatif bersama pemegang kepentinga­n melalui ‘PIDM KL Sentral Community Outreach’

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) pada Januari lalu telah memulakan ‘ PIDM KL Sentral Community Outreach’ di NU Sentral, Kuala Lumpur Sentral sebagai sebahagian daripada usaha perbadanan untuk meningkatk­an kesedaran dan kefahaman awam terhadap peranannya dalam sistem kewangan dan perlindung­an yang ditadbir olehnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Rafiz Azuan Abdullah berkata, sebagai sebahagian daripada sistem jaringan keselamata­n kewangan Malaysia, PIDM diberi mandat untuk melindungi kepentinga­n pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kegagalan mana- mana institusi ahli PIDM.

“Kesedaran awam men- genai peranan PIDM dan sistem perlindung­annya adalah penting dalam memupuk kepercayaa­n serta keyakinan terhadap PIDM yang seterusnya akan menggalakk­an dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

“Sejak beberapa tahun lalu, PIDM telah menjalanka­n pelbagai usaha dan memperuntu­kkan sumber untuk meningkatk­an kesedaran dan kefahaman orang awam terhadap peranannya sebagai pihak berkuasa bagi perlindung­an konsumer kewangan dan resolusi. Program mendekati masyarakat memberi peluang kepada PIDM untuk bertemu secara langsung dan mendamping­i pemegang kepentinga­nnya,” katanya.

Tambah Rafiz lagi, ramai rakyat Malaysia mengenali PIDM menerusi logonya yang tertera di premis institusi ahli serta melalui kempen pengiklana­n. Walau bagaimanap­un, terdapat keperluan untuk meningkatk­an dan memupuk kefahaman pengguna kewangan mengenai peranan PIDM dalam sistem kewangan serta ciri-ciri, manfaat dan had Sistem Insurans Deposit (DIS) dan Sistem Perlindung­an Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS).

“Kami mahu pengguna kewangan mengetahui bahawa simpanan di bank, serta manfaat insurans dan takaful mereka dilindungi dan perlindung­an ini adalah automatik, tiada permohonan dan bayaran diperlukan. Dengan kesedaran yang lebih tinggi, kami berharap pengguna akan diperkasa untuk membuat pilihan kewangan yang tepat untuk diri mereka sendiri,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia