Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia memecut pada kadar lebih pantas

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia yang mencatatka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus pada 2017, memecut pada kadar lebih pantas dengan nilai sebanyak RM1.17 trilion ( 2016: 4.2 peratus) pada harga malar dan RM1.35 trilion pada harga semasa, kata Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu berkata sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pertanian merupakan peneraju dalam bahagian pengeluara­n dengan semua sektor mencatatka­n pertumbuha­n positif kecuali perlombong­an dan kuari.

“Bagi bahagian perbelanja­an, prestasi dipacu terutamany­a daripada perbelanja­an penggunaan akhir swasta,” kata jabatan itu dalam portal rasminya.

Bank Negara Malaysia semalam mengumumka­n pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.9 peratus bagi suku keempat 2017 dan tahun penuh.

Jabatan Perangkaan ber- kata sektor perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n kukuh 6.2 peratus dalam suku tersebut, disokong oleh subsektor borong dan perdaganga­n runcit dan maklumat dan komunikasi.

Bagi sektor pembuatan, ia mencatatka­n kemajuan sederhana sebanyak 5.4 peratus (Suku-3 2017: 7.0 peratus).

Produk elektrik, elektornik dan optik terus menjadi pemacu utama pembuatan bagi suku ini, walaupun pada kadar pertumbuha­n sederhana 5.7 peratus.

Sementara itu, sektor pertanian mengukuh dengan mencatatka­n pertumbuha­n dua angka sebanyak 10.7 peratus.

“Ini merupakan pertumbuha­n tertinggi yang dicatatkan sejak suku ketiga 2011,” kata jabatan itu sambil menambah pengembang­an dalam sektor ini dipacu terutamany­a daripada prestasi memberangs­angkan sektor sawit, pada 24.3 peratus, susulan hasil tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia