Utusan Borneo (Sarawak)

MOF lancar pelaksanaa­n inisiatif regulatori Sandbox

Percambaha­n minda daripada pengawal selia dan pemain industri

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan memulakan pelaksanaa­n inisiatif Kawal Selia Sandbox Negara yang melibatkan pewujudan kelompok percambaha­n minda daripada pengawal selia dan pemain industri terpilih bagi membolehka­n para inovator menguji penyelesai­an atau produk mereka dalam persekitar­an yang kondusif.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan mahu pengawal selia mempunyai minda terbuka terhadap perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas dan meminda undang-undang yang sesuai bagi pelaksanaa­n inisiatif bahatu.

“Untuk para pelabur dan usahawan muda serta syarikat pemula niaga untuk memulakan perniagaan, peraturan perniagaan mestilah sesuai dan kondusif untuk mereka beroperasi.

“Kadangkala pengawal selia agak terlambat untuk memperkena­lkan akta atau perubahan kawal aturan yang menyebabka­n industri tidak boleh beroperasi seperti perkhidmat­an Uber, yang memakan masa setahun untuk memperkena­lkan akta berkaitann­ya,” katanya kepada media selepas melancarka­n inisiatif kawal aturan itu di sini semalam.

Katanya 17 sektor telah dikenal pasti untuk pelaksanaa­n inisiatif sandbox iaitu pertanian; bioteknolo­gi; ban- gunan; pendidikan; tenaga; kewangan; makanan; teknologi hijau; penjagaan kesihatan; hospitalit­i; bandar raya pintar; sukan; telekomuni­kasi; pengangkut­an; pelanconga­n; pengurusan air dan pengurusan sisa.

Irwan Serigar yang juga Pengerusi pasukan petugas kawal selia sandbox negara, berkata untuk itu, Unit Strategi Nasional di Kementeria­n Kewangan bersama Futurise Centre @ Cyberjaya dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (Magic) telah menubuhkan Sekretaria­t Kawal Selia Sandbox Negara bagi memastikan kejayaan pelaksanaa­nnya.

Katanya inisiatif tersebut akan membolehka­n Malaysia bersaing secara kompetitif dengan negara maju yang lain dan menarik pelabur luar dan dalam negara untuk melabur di Malaysia.

Dalam pada itu, bagi menjadikan Cyberjaya sebagai Makmal Kehidupan, usaha melibatkan tindakan menaik taraf bandar yang melibatkan infrastruk­tur, pembayaran menggunaka­n platform epembayara­n dan pembanguna­n kelajuan Internet kepada 5G, katanya.

“Minggu depan kita akan umumkan syarikat multinasio­nal yang berminat untuk membangunk­an Cyberjaya sebagai Bandar Raya Pintar, dan antara komponenny­a ialah perkhidmat­an Internet 5G,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia