Utusan Borneo (Sarawak)

Klip video Namawee: Polis buka kertas siasatan

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis Diraja Malaysia ( PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang menggores sensitivit­i masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, PDRM bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontrovers­i berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya selepas merasmikan Program Kembara Bermotosik­al Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis Ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), semalam.

Minggu lepas, Namawee memuat naik klip video terbaharun­ya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandung­i aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatka­n Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Kembara bermotosik­al selama tiga hari itu membabitka­n perjalanan sejauh 1,103 kilometer disertai lebih 50 pegawai dan anggota dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bermula dari PULAPOL ke lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

“Ini merupakan inisiatif PDRM dalam usaha mengumpul dana bagi membantu pesara polis dan anggota keluarga mereka,” katanya. — Bernama DUNGUN: Dua buah rumah kayu musnah seratus peratus dalam kebakaran di Kampung Che Lijah, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Saifuddin Muhammad berkata, kebakaran yang bermula kira-kira jam 11 pagi itu melibatkan sebuah rumah pusaka dan sebuah rumah yang separuh kosong.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 11.29 pagi dan beliau bersama sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Dungun tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Sampai sahaja di sana api sudah marak di kedua-dua buah rumah ekoran jarak rumah yang agak dekat dan diperbuat daripada kayu. Kami terus ke rumah yang ketiga dan mula memadam- kan kebakaran kerana jarak agak dekat supaya api tidak merebak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Saifuddin berkata mereka mengambil masa hampir sejam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya dan operasi itu turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Al Mukhtafi Billah Shah serta Paka.

Katanya, setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan kerana pemilik rumah pertama kebetulan tiada di rumah manakala penghuni rumah, kedua pula dalam proses untuk pemindahan barang.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun ada saksi awal berkata mereka nampak api bermula di bahagian tengah rumah pertama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Mohamad Fuzi (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menyertai kembara ketika hadir pada Program Kembara Bermotosik­al Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Sambutan Hari Polis Ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Mohamad Fuzi (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menyertai kembara ketika hadir pada Program Kembara Bermotosik­al Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Sambutan Hari Polis Ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia