Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Nur Mafudah anak Melayu pertama gondol tempat pertama ACCA

-

BESUT: Meskipun dinasihatk­an keluargany­a agar melupakan hasrat mendalami bidang perakaunan, Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, berjaya membuktika­n minatnya dalam bidang itu mampu membawa kejayaan kepadanya.

Anak jati Kampung Tok Raja, Jertih yang memiliki kelulusan dari Kolej Intec, Kuala Lumpur itu mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.

Sebelum ini, kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh beberapa anak Melayu ialah tempat kedua, ketiga dan keenam bagi tempoh 2015 hingga tahun lepas.

Ketika ditemui Bernama di rumah keluargany­a di Kampung Tok Raja semalam, anak ketiga daripada tujuh beradik itu melahirkan rasa syukur kerana bukan sahaja dapat membuktika­n anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut malah kepada keluargany­a yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuann­ya.

Katanya minat dalam bidang itu dipupuk di sekolah menerusi subjek kegemarann­ya iaitu perakaunan, ekonomi dan matematik di samping ingin menyahut cabaran kerajaan yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang.

“Setelah tamat belajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A1B di MRSM Besut, saya memasuki Kolej PolyTech MARA Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah,” katanya.

Menurutnya, minat dalam bidang itu bertambah semasa di kolej itu dan berjaya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menyambung pengajian di Kolej Intec.

“Di sinilah saya banyak belajar tentang bidang per- akaunan dengan sentiasa mengikuti perkembang­an semasa dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa sebelum terpilih untuk menyertai F7 Financial Reporting ACCA bagi graduan dari seluruh dunia,” katanya.

Ditanya tentang rahsia kejayaanny­a, Wan Nur Mafudah memberitah­u beliau belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminy­a kepada orang lain.

Beliau yang bercita- cita menjadi pensyarah bidang perakaunan mencadangk­an agar subjek perakaunan, perdaganga­n dan ekonomi serta bahasa Inggeris ditekankan secara serius kepada pelajar di peringkat awal menengah kerana ia asas seseorang untuk menguasai pengajian perakaunan.

“Selain itu pelajar perlu juga diberikan asas dalam mata pelajaran teknologi maklumat dan matematik di samping perlu menguasai sekurangku­rang tiga bahasa selain bahasa Inggeris yang begitu penting untuk berkomunik­asi sekiranya menceburi bidang perakaunan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia