Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA SEKAWAN ‘UBAH’ PELAJAR MELALUI TEATER

- Oleh Patricia Gari

PROJEK CAHAYA kembali lagi dan kali ini Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan menjadi pilihan pengasas bersama projek itu dalam usaha membantu pelajar luar bandar menguasai bahasa Inggeris.

Tiga wanita daripada latar belakang sosial berbeza iaitu Sue Tiong, Puan Sri Sabera Shaik dan legenda teater negara Normah Nordin pada September tahun lalu buat pertama kali mengadakan projek berkenaan di beberapa buah sekolah rendah luar bandar di sekitar Kuching.

Sue berkata projek CAHAYA diteruskan tahun ini selepas projek perintis itu pada September tahun lalu menampakka­n kejayaan membanggak­an dari segi kesan kepada perubahan positif tingkah laku pelajar.

Projek yang dibiayai sendiri oleh ‘tiga sekawan’ itu pada September 2017 diadakan di beberapa sekolah rendah melibatkan 115 murid berusia 10 hingga 12 tahun dan mereka datang daripada keluarga yang bermasalah.

“Kali ini kami memilih SMK Padawan kerana ia sekolah luar bandar di Kuching dan pelajarnya daripada latar belakang yang berbeza.

“Mereka ini mempunyai emosi terganggu disebabkan pelbagai masalah khususnya berkaitan keluarga, jadi Projek CAHAYA ini merupakan alat untuk membuat mereka bangkit dengan penuh keyakinan menerusi penggunaka­n teknik teater,” jelasnya.

Kepakaran Sabera dan Normah dalam bidang itu ternyata berjaya memberi kesan kepada tingkah laku lebih 50 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang belajar di sekolah berkenaan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Padawan Dayang Rafidah Awang Osman berkata program itu telah memberi kesan positif kepada pelajar terlibat dalam tiga aspek iaitu emosi, tingkah laku dan sosial.

“Saya dapat melihat selepas pelajar mengikuti program dikendalik­an oleh Cik Normah dan Puan Seri Sabera, mereka bersifat lebih ceria, terbuka dan mudah bergaul berbanding sebelum ini, bersifat terkawal serta pendiam.

“Dari segi tingkah laku pula, pelajar pada mulanya agak malu dan kaku tetapi selepas menjalani program ini, mereka bersedia serta memberi kerjasama yang baik pada program ini,” katanya.

Dayang menambah, daripada aspek sosial pula, pelajar terlibat dilihat dapat memberi kerjasama kepada satu sama lain berbanding sebelum ini.

Beliau memberitah­u pelajar yang tidak pernah bercakap dan jarang bercakap dilihat memberi reaksi sangat positif malah boleh memahami arahan dengan jelas dan mampu memberi maklum balas yang positif dengan pandangan bernas semasa sesi soal jawap.

“Sebelum ini pelajar terlibat yang mempunyai atau menghadapi pelbagai isu berkaitan kekeluarga­an, akademik dan sebagainya lebih suka menyendiri tetapi setelah menjalani program bersama Puan Seri Sabera, nampaknya mereka mahu berinterak­si serta berkomunik­asi dengan orang lain.

“Paling menyentuh hati saya ialah pelajar terbabit mampu memberi kerjasama dan pandangan tanpa halangan mereka seolaholah tanpa rasa terpaksa memeluk fasilitato­r dan penceramah.

“Inilah satu ‘attachment’ yang kita boleh lihat daripada sudut psikologin­ya, pelajar dilihat selesa dan bersifat lebih terbuka,” ujar Dayang.

Sehubungan itu beliau berharap Projek CAHAYA ada kesinambun­gan untuk diadakan pada sesi seterusnya bagi memastikan kemenjadia­n secara total daripada pelajar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAYANG RAFIDAH
DAYANG RAFIDAH
 ??  ?? INTERAKSI: Sue menerangka­n sesuatu kepada sebahagian daripada pelajar SMK Padawan yang dipilih menyertai Projek CAHAYA.
INTERAKSI: Sue menerangka­n sesuatu kepada sebahagian daripada pelajar SMK Padawan yang dipilih menyertai Projek CAHAYA.
 ??  ?? CERIA: (Berdiri, dari kiri) Sue, Sabera dan Normah (berdiri kanan) pada satu program bersama pelajar SMK Padawan.
CERIA: (Berdiri, dari kiri) Sue, Sabera dan Normah (berdiri kanan) pada satu program bersama pelajar SMK Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia