Utusan Borneo (Sarawak)

LBR: MIRI FA YAKIN BENAM TAWAU

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Miri FA yakin untuk melakar kejutan menentang Tawau, pendahulu Kumpulan D dalam Liga Bolasepak Rakyat ( LBR) 2017- 2018 Kebangsaan pada Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Skuad LBR Miri Mohamad Hakimi Man berkata, meskipun Tawau belum pernah kalah tiga perlawanan sebelum ini, Miri tetap komited untuk meraih tiga mata penuh.

“Tawau telah mengalahka­n kami 1- 0 di tempat sendiri, maka tidak mustahil jika kami juga boleh melakukan kejutan menewaskan Tawau di tempat lawan,” katanya di sini, semalam.

Hakimi berkata, pemain Miri FA ketika ini berada pada prestasi terbaik selepas mengalahka­n Keningau pada 10 Februari lalu di tempat sendiri.

Kemenangan itu membangkit­kan semangat dan peluang Miri FA untuk terus bersaing ketika Keningau dan Kuching-Gedong Gators kalah pada hari sama.

Peluang katanya, terbuka sama rata dan Miri FA perlu menang tiga baki perlawanan seterusnya untuk layak ke suku akhir.

“Keningau, KuchingGed­ong Gators dan Miri FA masing- masing mem- punyai peluang sama rata untuk layak ke suku akhir,” jelasnya.

Hakimi tidak menolak kemungkina­n akan membuat pertukaran kesebelasa­n utama bergantung kepada tahap kecergasan pemain.

“Kita tidak peduli jika Tawau menang semua perlawanan sebelum ini, namun kita perlu meraih tiga mata penuh untuk terus bersaing dalam peringkat Kumpulan D,” tegasnya.

Miri FA dijadualka­n menentang Tawau di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada da Sabtu ini jam am 7.45 malam.

Selepas itu, Miri FA akan menerima kunjungan Kuching- Gedong Gators Chelsea layan kunjungan Barca pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara Juara di Stamford Bridge hari ini di tempat tem sendiri pada pad 3 Mac di Padang P Kelab l Rekreasi Petroluem (KRP) dalam perl a w a n a n pada p j am 4.15 4 petang. Perlawanan tera terakhir Miri FA ada adalah menentang Keningau di Kompleks Sukan Keningau pada jam 7.45 malam.

Tawau telah mengalahka­n kami 1-0 di tempat sendiri, maka tidak mustahil jika kami juga boleh melakukan kejutan menewaskan Tawau di tempat lawan. Mohamad Hakimi Man Ketua Jurulatih Skuad LBR Miri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MISI BALAS DENDAM: Barisan pemain Miri FA yakin akan mencipta kejutan menjelang pertemuan menentang Tawau pada Sabtu ini.
MISI BALAS DENDAM: Barisan pemain Miri FA yakin akan mencipta kejutan menjelang pertemuan menentang Tawau pada Sabtu ini.
 ??  ?? MILIK KAMI: Para pemain pasukan Marr sc@Nate ft bergambar bersama hadiah yang dimenangi.
MILIK KAMI: Para pemain pasukan Marr sc@Nate ft bergambar bersama hadiah yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia