Utusan Borneo (Sarawak)

Iran mencari pesawat yang hilang

Tempat kejadian nahas babit 66 kematian masih gagal ditemui

-

TEHRAN: Pasukan penyelamat Iran meneruskan pencarian mereka semalam bagi sebuah pesawat penumpang yang hilang di kawasan gunung Zagros pada hari sebelumnya dengan 66 di dalamnya, lapor media tempatan.

Televisyen negara menyatakan keadaan cuaca bertambah baik selepas salji yang menjejaska­n usaha pencarian kelmarin, dan beberapa helikopter kini mampu terlibat dalam pencarian pesawat Aseman Airlines EP3704.

Pihak berkuasa menghentik­an usaha menyelamat malam semalam ketika salji tebal dan hujan menjejaska­n operasi.

Pesawat enjin berkembar ATR-72, yang sudah 25 tahun berkhidmat, meninggalk­an lapangan terbang Mehrabad di ibu negara pada kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan kelmarin menuju ke arah bandar Yasuj, kira-kira 500 kilometer ke selatan.

Ia dikatakan terhempas di pergununga­n Dena di barat daya Zagros di Iran, namun pegawai menyatakan terdapat 100 gunung untuk digeledah di kawasan luas dan terpencil itu.

“Tahap penglihata­n di kawasan pencarian tidak begitu baik dan terdapat angin kuat, maka perkara keselamata­n ini harus diambil kira,” Morteza Dehghan daripada Pertubuhan Penerbanga­n Awam memberitah­u televisyen negara.

“Di sebalik semua keadaan ini, kedua-dua pasukan darat dan udara adalah aktif.

“Sebaik sahaja kelulusan diberikan, beberapa dron akan turut digunakan,” jelasnya lanjut.

Kira- kira 100 pekerja penyelamat pergununga­n dikerahkan kelmarin, menurut televisyen negara.

Agensi keselamata­n udara Perancis BEA menyatakan ia akan mengambil bahagian dalam siasatan diketuai Air Accidents Investigat­ion Branch di Britain.

“Tiga penyiasat dan penasihat teknikal kami akan pergi ke tempat kejadian,” menurut jurucakap BEA.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEBAK: Saudara mara penumpang yang dipercayai terkorban dalam nahas pesawat Aseman Airlines memberikan reaksi berhampira­n pekan Semirom, Iran kelmarin.
— Gambar Reuters SEBAK: Saudara mara penumpang yang dipercayai terkorban dalam nahas pesawat Aseman Airlines memberikan reaksi berhampira­n pekan Semirom, Iran kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia