Utusan Borneo (Sarawak)

RM100j baiki jalan rosak

Kapit alami kerosakan teruk akibat banjir libat tiga jambatan, jalan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih RM100 juta untuk membaiki beberapa jalan di negeri ini yang rosak akibat banjir yang berlaku awal Februari lalu.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing sambil menambah, bahagian Kapit menyaksika­n kerosakan paling teruk melibatkan tiga jambatan dan Jalan Menjawah ke Jalan Belaga.

Beliau berkata tiga jambatan terjejas ialah Jambatan Sungai Tunoh, Jambatan Sungai Murum dan Jambatan Sungai Belaga.

Kos membaik pulih Jalan Menjawah ke Jalan Belaga sahaja dianggarka­n hampir RM90 juta, tambahnya.

“Anggaran kos untuk membaiki jalan-jalan dan jambatan-jambatan yang rosak di Kapit akibat banjir baru-baru ini sahaja ialah RM100 juta.

“Kalau untuk seluruh Sarawak, lebih RM100 juta diperlukan untuk membaik pulih serta menyelengg­ara jalan serta jambatan yang rosak,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata beliau telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai perkara itu.

“Fadillah mencadangk­an agar saya menulis surat kepadanya mengenai kerosakan jalan dan jambatan dialami di Sarawak akibat hujan dan banjir, beliau sedia mem- bantu.

“Saya perlu mendapat maklum balas daripada kawasan(saya) terlebih dahulu, sebaik sahaja saya membuat anggaran sebenar dan kawasan-kawasan terjejas saya akan kemukakan secara bertulis kepada Fadillah dan beliau akan panjangkan kepada kerajaan pusat,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu juga yakin kerajaan pusat akan menghulurk­an bantuan berdasarka­n rekod sebelum ini, kerajaan pusat membantu Kelantan, Terengganu dan Johor yang menghadapi situasi sama, melibatkan kos hampir setengah billion ringgit (RM500 juta).

“Kenapa tidak... lagipun Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN). Kelantan walaupun negeri pembangkan­g, kerajaan pusat tetap membantu, begitu juga Pulau Pinang.

“Itu sikap baik yang ada pada Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)...jangan mendiskrim­inasi hanya kerana perbezaan politik, rakyat perlu dibantu,” ujarnya.

Anggaran kos untuk membaiki jalan-jalan dan jambatan-jambatan yang rosak di Kapit akibat banjir barubaru ini sahaja ialah RM100 juta.

Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? AKAN DIBAIKI: James Masing ketika ditemui di pejabatnya di Baitulmakm­ur, Kuching, semalam.
AKAN DIBAIKI: James Masing ketika ditemui di pejabatnya di Baitulmakm­ur, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia