Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH KERETA

-

BINTULU: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang ditunggang­nya dirempuh kereta dari arah bertentang­an dalam kemalangan di kawasan Batu 28, Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 6 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahka­n, mangsa yang dikenali Bunsu Rimong, 69, dikatakan mahu membelok ke simpang kanan jalan sebelum dirempuh kereta yang dinaiki tiga sekeluarga dari arah hadapan.

“Impak yang cukup kuat itu telah menyebabka­n mangsa terpelanti­ng ke cermin hadapan kereta terbabit di mana warga emas itu dilaporkan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepalanya,” jelas Alexson.

Katanya pemandu kereta terbabit bersama dua penumpang termasuk seorang bayi berumur lebih setahun mengalami kecederaan.

“Siasatan awal yang kami jalankan mendapati punca kemalangan adalah akibat kecuaian mangsa sendiri kerana gagal memastikan keadaan selamat dari arah hadapan sebelum masuk ke simpang jalan,” ujarnya.

Jelasnya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan maut itu.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat manakala tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan turut menerima rawatan susulan di hospital sama.

 ??  ?? MAUT: Mangsa terpelanti­ng sejurus dirempuh kereta.
MAUT: Mangsa terpelanti­ng sejurus dirempuh kereta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia