Utusan Borneo (Sarawak)

Kes ragut selesai kurang daripada 12 jam

Polis tahan suspek bersama motosikal digunakann­ya ketika melakukan jenayahnya itu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Dalam tempoh tidak sampai 12 jam, pihak polis Sibu berjaya menyelesai­kan satu kes ragut membabitka­n seorang wanita setelah menahan suspek bersama motosikal yang digunakann­ya ketika melakukan kegiatan jenayahnya itu.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah tersebut seorang diri kerana tidak mempunyai wang.

Wanita terbabit berhadapan detik cemas apabila diragut lelaki tidak dikenali itu di hadapan rumahnya di Jalan Oya di sini, kelmarin.

Insiden malang itu menimpa mangsa, seorang pengawal kamera litar tertutup, 28, sebaik tiba di hadapan rumahnya sekitar jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa hendak membuka pintu rumah apabila secara

Mangsa bagaimanap­un cuba mempertaha­nkan begnya, namun gagal apabila peragut itu berjaya melarikan diri dengan menaiki motosikal tanpa plat nombor pendaftara­n. Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

tiba-tiba suspek yang datang dari arah belakang bertindak meragut beg tangannya.

“Mangsa bagaimanap­un cuba mempertaha­nkan begnya, namun gagal apabila peragut itu berjaya melarikan diri dengan menaiki motosikal tanpa plat nombor pendaftara­n.

“Akibat tindakan beraninya, mangsa mengalami beberapa luka kecil di bahagian lutut kanan, buku lali kiri dan calar di tapak tangan kiri,” katanya.

Menurut Stanley, mangsa mengalami kerugian dianggarka­n kira-kira RM1,500 berikutan kehilangan barangan seperti dokumen peribadi, kad ATM, telefon bimbit, kunci kereta dan wang tunai RM1,000.

Mangsa yang berasal dari Kampung Semop tampil membuat laporan polis jam 5.40 petang pada hari kejadian.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, polis berjaya memberkas suspek sekitar jam 12.05 tengah malam kelmarin di Jalan Tan Sri.

 ??  ?? DIBERKAS: Suspek kes ragut dibawa keluar dari Balai Polis Sentral Sibu untuk proses permohonan tahanan reman di mahkamah.
DIBERKAS: Suspek kes ragut dibawa keluar dari Balai Polis Sentral Sibu untuk proses permohonan tahanan reman di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia